Syarat Kelayakan Jawatan :-
1. Warganegara Malaysia.
2. Kelulusan - Ijazah Sarjana Muda/Sarjana (Pengurusan Perniagaan & Pemasaran) atau dalam bidang yang berkaitan dari institusi yang diiktiraf oleh Badan Profesional dan Kerajaan dalam bidang tersebut.
3. Pengalaman bekerja - minimum 6 tahun dalam bidang pengembangan bisnes.
4. Fasih berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (kebolehan berkomunikasi dalam bahasa lain adalah satu kelebihan).
5. Mempunyai Sijil Profesional merupakan satu kelebihan; Penilaian Berdaftar, Penilai, Ejen Harta Tanah, Kad Hijau CIDB dan Pengurus Harta daripada (LPPEH).
Deskripsi Tugas Utama :-
1. Bertanggungjawab berunding dan memaktubkan pelaburan-pelaburan berpotensi untuk menjana penghasilan pendapatan Kumpulan YPJH.
2. Bertanggungjawab mengetuai kumpulan pemasaran dan jualan untuk mencapai sasaran penjualan unit-unit rumah serta mentadbir urusan sokongan perkhidmatan pelanggan dari promosi, tempahan sehingga serahan pemilikan kosong (Serah Kunci).
3. Meneroka pasaran hartanah berpotensi dan menguruskan aktiviti-aktiviti promosi jualan hartanah.
4. Menyediakan laporan pencapaian penjualan kepada pihak pengurusan.