Kelayakan:
i. Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Media, Sains Sosial, Undang-Undang, Hubungan Antarabangsa, atau bidang yang berkaitan dari Universiti atau Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;
ii. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
iii. Mempunyai pengalaman dalam bidang komunikasi, media, kewartawanan atau pengalaman yang setaraf dalam bidang yang berkaitan;
iv. Berpengalaman dalam aktiviti promosi berkaitan hak asasi manusia dan berkebolehan dalam merancang komunikasi media strategik;
v. Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; dan
vi. Mampu bekerja dalam pasukan dengan pemantauan yang minimum.
vii. Memiliki pengalaman dalam membuat video promosi yang kreatif dan berkualitas.
viii. Menguasai software editing video seperti Adobe Premiere Pro, Final Cut Pro, atau sejenisnya.
ix. Kreatif, inovatif, dan mampu berpikir out-of-the-box.
x. Memiliki pengetahuan yang baik dalam bidang pemasaran dan branding.
Kekosongan jawatan:
Tanggungjawab:
i. Menganjurkan program kesedaran awam mengenai fungsi dan peranan SUHAKAM serta hak asasi manusia;
ii. Mengendalikan aktiviti pameran anjuran SUHAKAM dan juga pihak luar di dalam Lembah Klang dan di negeri lain. Aktiviti pameran melibatkan sesi penerangan dan kaji selidik ringkas tentang pemahaman orang awam tentang SUHAKAM dan hak asasi manusia;
iii. Membantu menjalinkan hubungan kerjasama SUHAKAM dengan pihak bukan kerajaan (NGO) untuk mempromosi isu tematik hak asasi manusia seperti Rumah Ibadat Mesra OKU melalui penganjuran program dan penerbitan bahan cetakan;
iv. Membantu menyelaraskan projek iklan SUHAKAM dan hak asasi manusia di tempat awam seperti stesen TV, radio, lebuhraya, dan pengangkutan awam;
v. Membantu menyediakan bahan promosi termasuk booklet, infografik, poster dan bahan pameran mengenai hak asasi manusia dan SUHAKAM.
vi. Merancang, mengembangkan, dan memproduksi konten video promosi yang menarik untuk produk atau layanan perusahaan.
vii. Mengkoordinasikan dan bekerja sama dengan tim media untuk menghasilkan ide-ide kreatif yang sesuai dengan strategi promosi SUHAKAM.
viii. Mengedit dan menyusun footage video menjadi konten yang menarik dan informatif.
ix. Memastikan video sesuai dengan brief, brand guidelines, dan target audiens.
x. Menjaga up-to-date dengan tren dan teknologi terkini untuk memastikan konten promosi dan video relevan dan efektif.
Cara Memohon:
Calon-calon yang berminat adalah diminta untuk mengemukakan surat permohonan yang lengkap seperti maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, surat rujukan majikan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) melalui pos atau melalui serahan tangan sebelum atau pada 10 Mei 2024 (Jumaat) kepada:
Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungai Puan Nurulhidayati Masdim di talian 03-2612 5600