Kelayakan:
i. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-Undang, Sains Sosial, Hubungan Antarabangsa, atau bidang yang berkaitan dari Universiti atau Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;
ii. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
iii. Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 10-15 tahun dalam bidang pengurusan, kewangan dan sumber manusia serta pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia;
iv. Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; dan
v. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan mampu bekerja secara berpasukan di bawah penyeliaan yang minima.
Kekosongan:
1 Kekosongan
Tanggungjawab:
i. Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kewangan serta kawalan belanjawan Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan secara keseluruhan;
ii. Mengawalselia operasi Bahagian Pengurusan dan Kewangan serta Bahagian Sumber Manusia;
iii. Menguruskan dan mengawal peruntukan geran tahunan serta memastikan pematuhan terhadap tatacara dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa;
iv. Membangun dan menyelaras penyediaan dasar/polisi/tatacara/peraturan Suruhanjaya berkaitan pentadbiran, kewangan dan sumber manusia;
v. Mengurus dan merancang keperluan sumber manusia;
vi. Mengurus dan menyelaras laporan berkaitan pentadbiran, kewangan dan sumber manusia kepada pihak-pihak berpekentingan;
vii. Menyelaras mesyuarat jawatakuasa tetap dan ad-hoc berkaitan pentadbiran dan kewangan serta sumber manusia;
viii. Menyelaras penyediaan laporan aktiviti bahagian yang berkaitan untuk Laporan Tahunan SUHAKAM;
ix. Melaksanakan Workplan tahunan dan Plan Strategik SUHAKAM.
Cara Memohon:
Calon-calon yang berminat adalah diminta untuk mengemukakan surat permohonan yang lengkap seperti maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, surat rujukan majikan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) melalui pos atau melalui serahan tangan sebelum atau pada 10 Mei 2024 (Jumaat) kepada:
Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungai Puan Nurulhidayati Masdim di talian 03-2612 5600