6 Contoh Kerjaya dalam Bidang Penulisan

Posted by

Penutupan dan pengecilan operasi beberapa gergasi media di negara ini mengakibatkan rata-rata pengamal media terpaksa menamatkan kerjaya idaman mereka lebih awal daripada tempoh yang diinginkan. Situasi semasa  yang mengejutkan ini sekali gus menimbulkan jalan buntu buat kalangan editor, wartawan, jurugambar/juruvideo mahupun pereka grafik yang terlibat.

Jika ditanya perancangan kalangan mereka yang kehilangan pekerjaan, tentunya mahu meneruskan pengalaman berkhidmat dalam bidang sama. Malangnya peluang yang ditawarkan ketika ini amat terhad berikutan langkah penstrukturan semula yang diambil sebahagian besar syarikat media untuk lebih berdaya saing dan mampan di masa hadapan.

Keadaan itu bukan sahaja memberi tekanan kepada pengamal media, bahkan turut merisaukan para lepasan bidang komunikasi massa terutama mereka yang bercita-cita menjadi seorang wartawan.

Usah bimbang, dengan bakat penulisan yang ada, anda mampu mencuba kerjaya-kerjaya seperti di bawah. Mungkin platform baharu ini mampu mengembangkan lagi potensi diri anda dan memberi nilai tambah untuk lebih maju dalam alam pekerjaan.

1. Eksekutif Media Sosial

  • Menghasilkan dan menguruskan kandungan media sosial
  • Memantau dan menguruskan pemasaran kempen serta pengiklanan termasuk soal penjadualan atau siaran artikel
  • Melakukan penyelidikan berhubung trend landskap media digital

2. Penulis Kandungan

  • Menghasilkan kandungan menarik selaras dengan kehendak jenama atau organisasi
  • Berkolaborasi dengan individu tertentu atau pihak pemasaran untuk sesuatu projek
  • Lazimnya penghasilan kandungan untuk platform seperti blog, artikel, gambar, video di laman sosial

3. Penulis puisi/buku/novel

  • Selain menghasilkan puisi atau buku ilmiah, anda mungkin boleh mencuba menulis novel gambaran kisah hidup anda atau individu-individu yang pernah anda temui. Oh ya, novel cinta sememangnya laris di pasaran

4. Penulis skrip

  • Ini juga merupakan salah satu pilihan kerjaya yang sesuai untuk diceburi mereka yang berminat dalam bidang penulisan. Siapa tahu anda mungkin bakal penulis skrip terbaik yang tercalon dalam anugerah filem dan drama berprestij negara

5. Penterjemah artikel, jurnal

  • Kembangkan bakat anda dengan mencuba kerjaya sebagai penterjemah artikel atau jurnal. Menariknya tugasan sebagai penterjemah ini boleh dilakukan secara sambilan mahu pun sepenuh masa

6. Pegawai Perhubungan Awam

Kerjaya dalam perhubungan awam turut menjadi pilihan mereka di bidang penulisan. Antara tugasan pegawai perhubungan awam termasuk:

  • Mempromosi dasar, program dan aktiviti melalui perancangan serta publisiti strategik
  • Menguruskan penyebaran maklumat secara strategik dan berkesan
  • Memantau dan menilai liputan berita serta kesannya
  • Penyelaras aduan awam dan pelanggan
  • Memupuk hubungan baik dengan media tempatan dan antarabangsa

 

Semoga berjaya dalam pencarian kerja anda. Kongsikan pendapat di ruangan komen di bawah. Jangan lupa ikuti Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan di Singapura, Malaysia dan lain-lain. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *