Tanaman dalam Rumah

11 Jenis Tanaman dalam Rumah yang Senang Dijaga!

Posted by

Tanaman dalam rumah atau indoor houseplant dapat membantu menyerikan lagi suasana rumah anda. Kenyataannya, tidak semua tahu ‘membela’ tanaman dalam rumah ini tetapi millennials zaman sekarang berpendapat bahawa proses adulting tidak akan lengkap tanpa ‘membela’ satu dua tanaman dalam rumah

Berdasarkan kajian di Jurnal Antropologi Fisiologi yang pernah dibuat pada tahun 2015, tanaman dalam rumah dapat membantu mengurangkan stres fisiologi dan psikologi seseorang. Tambahan pula, pokok-pokok ini turut berfungsi sebagai ‘alat semulajadi’ untuk membersihkan udara di dalam rumah sepertimana alat air purifier berfungsi. 

Justeru itu, apa kata anda cuba ‘membela’ beberapa jenis tanaman dalam rumah seperti berikut sebagai pengganti kepada alat air purifier? Tanaman-tanaman tersebut turut dapat menaikkan lagi seri estetik rumah anda!

 

Sumber Gambar: Pinterest

Pokok ZZ

Pokok ZZ atau nama saintifiknya Zamioculcas Zamiifolia sesuai untuk persekitaran rumah yang mempunyai pencahayaan yang sedikit. Pokok tersebut juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi untuk cuaca Malaysia yang panas dan sangat senang untuk dijaga. Malah, pokok ZZ ini turut dipercayai sebagai simbol kepada kemakmuran dan persahabatan. 

Mesra haiwan peliharaan? Tidak.

 

Sumber Gambar: Pinterest

Pokok Ular / Snake Plant

Seunik namanya, pokok ular / snake plant (Sansevieria) diberi nama sebegitu kerana rupa daunnya yang nipis dengan corak dan warna yang seakan kulit seekor ular. Dikenali sebagai salah satu tanaman dalam rumah yang senang dijaga, snake plant ini sesuai untuk cuaca yang panas dan bagus untuk apa jua persekitaran rumah.

Mesra haiwan peliharaan? Tidak.

 

Sumber Gambar: Pinterest

Pokok Aloe Vera

Anda bukan sahaja boleh gunakan pokok aloe vera sebagai hiasan tanaman dalam rumah, ianya juga terkenal sebagai produk yang membantu menyembuhkan luka dan keadaan kulit kita. Pokok aloe vera sangat senang dijaga, ianya tidak perlu disiram selalu malah, anda boleh letakkan ia di tempat yang cerah lagi terik tanpa masalah. 

Mesra haiwan peliharaan? Tidak.

 

Sumber Gambar: Pinterest

Pokok Rubber / Rubber Tree

Nama saintifiknya adalah Ficus Elastica dan ianya antara tanaman dalam rumah yang senang dijaga, terutamanya untuk plant parent yang baru hendak berjinak dalam ‘membela’ pokok. Anda hanya perlu siram pokok tersebut hanya jika tanah kering sahaja dan sesuai diletakkan di tempat yang kurang pencahayaan atau lebih. 

Mesra haiwan peliharaan? Tidak.

 

Sumber Gambar: Pinterest

Pokok Spider / Spider Plant

Tanaman dalam rumah yang ini perlu pencahayaan yang baik, tetapi jangan diletakkan langsung di bawah cahaya matahari. Lebih bagus sekiranya diletakkan di tepi tingkap yang besar. Selain senang dijaga, spider plant tersebut juga berfungsi sebagai air purifier yang baik dalam memastikan udara di dalam rumah anda sentiasa bersih. 

Mesra haiwan peliharaan? Ya.

 

Sumber Gambar: Pinterest

Pokok Sarang Burung / Bird’s Nest Fern

Pokok tersebut akan tumbuh dengan suburnya dengan pencahayaan yang minimum serta persekitaran lembab seperti di dalam bilik mandi. Anda boleh menggantungkan ia di dalam bilik mandi berhampiran dengan tingkap untuk sedikit pencahayaan. 

Mesra haiwan peliharaan? Ya.

 

Sumber Gambar: Pinterest

Pokok Philodendron Green

Jika ‘dibela’ di dalam persekitaran yang sesuai, daun berbentuk hati dan batang yang panjang pokok Philodendron tersebut akan membesar sepanjang 10 kaki atau lebih. Ianya sesuai diletakkan di rak yang tinggi atau digantungkan sebagai hiasan di tempat yang anda sukai. 

Mesra haiwan peliharaan? Tidak.

 

Sumber Gambar: Pinterest

Pokok Dracaena

Sekiranya anda sering tiada di rumah dan sentiasa sibuk, pokok Dracaena ini amatlah sesuai untuk anda tanam di dalam rumah. Pokok tersebut boleh hidup dengan apa jua tahap pencahayaan tetapi masih tidak sesuai diletakkan di bawah terik matahari secara langsung. 

Mesra haiwan peliharaan? Tidak.

 

Sumber Gambar: Pinterest

Pokok Fiddle Leaf Fig

Pokok trendy ini bukan sekadar mempunyai daun yang besar dan tebal, tetapi ianya juga mempunyai kelebihan untuk bertahan dalam keadaan pencahayaan yang terik kecuali betul-betul diletakkan di bawah terik matahari. 

Mesra haiwan peliharaan? Tidak.

 

Sumber Gambar: Pinterest

Pokok Peace Lily

Pokok Peace Lily adalah antara tanaman dalam rumah yang senang dijaga. Anda hanya perlu pastikan tanah sentiasa lembab dan tidak perlu disiram selalu. Letakkan pokok tersebut di tempat yang teduh dengan pencahayaan minimum. Anda juga boleh letakkan ia di dalam bilik di mana ianya akan menghasilkan oksigen pada waktu malam berbanding tanaman yang lain. 

Mesra haiwan peliharaan? Tidak.

 

Sumber Gambar: Pinterest

Pokok Asparagus Fern

Pencahayaan secara tidak langsung adalah yang terbaik untuk jenis pokok Asparagus Fern tersebut dan anda juga harus siram ia dengan kerap. Anda boleh hiasnya dengan menggantung menggunakan pemegang pasu atau tanam ia di dalam bakul tenun untuk nampak lebih menawan. 

Mesra haiwan peliharaan? Tidak.

 

Anda boleh layari laman web Floristika atau daun.com.my untuk survey dan membeli tanaman dalam rumah (indoor houseplant) pertama anda!

 

Selamat menjadi plant parent semua! Kongsikan dengan kami jenis tanaman dalam rumah kesukaan anda di ruangan komen di bawah. Ikuti Jobstore.com untuk informasi kerjaya dan lebih banyak peluang pekerjaan.


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *