E-Sports – Kerjaya Lumayan Untuk Generasi Muda

Posted by
 
Jika anda merupakan pemain tegar Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG), Dota dan League of Legends dan berminat untuk menyertai kancah e-Sports, sudah tentu e-Sports boleh dijadikan sebagai kerjaya pada zaman sekarang yang boleh menjana pendapatan tinggi! 
 

 
Untuk anda yang masih tidak mengetahui tentang e-Sports secara umum, definisi yang senang untuk difahami adalah ‘permainan kompetitif pada tahap profesional yang melibatkan permainan video’. Ia boleh dimainkan secara perseorangan mahupun dalam berkumpulan. Ramai yang masih beranggapan e-Sports hanya tidak memberi sebarang faedah dan langsung tidak setanding dengan sukan sebenar, tetapi sebaliknya ia penting dalam membina generasi muda pada masa akan datang.
 
Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau mahu lebih ramai generasi muda di Malaysia mendapat peluang untuk bertanding dalam e-Sports di peringkat tinggi sehingga layak bergelar sebagai pemain profesional serta memberi sokongan penuh kepada program berkaitan dengan e-Sports di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Sejajar dengan harapan beliau dalam memajukan industri e-Sports di negara ini, beliau mahu menjadikan Malaysia sebagai hub e-Sports di rantau Asia Tenggara dan membangunkan e-stadium atau e-sports mall yang boleh menjana pendapatan serta peluang pekerjaan.

 


 
Bagaimanakah dengan peluang pekerjaan dalam industri e-Sports?

E-Sports bukan sahaja menumpukan pada pemain profesional yang meraih pendapatan lebih daripada atlet-atlet sukan, namun akan ada kerjaya-kerjaya lain yang ditawarkan dalam industri e-Sports. Misalnya seseorang yang berkelulusan ijazah dalam Seni Reka mempunyai minat yang mendalam terhadap e-Sports, dia boleh bekerja dalam industri e-Sports sebagai pereka karakter atau pereka permainan (game designer) untuk sebuah permainan e-Sports.
 
Begitu juga dengan mereka yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan acara, pengaturcaraan komputer dan perniagaan, mereka boleh membina kerjaya sebagai pengurus acara, pemaju perisian permainan (gaming software developer) dan pengurus pembangunan perniagaan (business development manager) serta kerjaya-kerjaya yang berkait rapat dalam industri e-Sports. Dengan mempunyai kelulusan Ijazah dalam pelbagai bidang, mereka menjadikan Ijazah sebagai platform untuk menyertai industri e-Sports di mana mereka mengaitkan e-Sports dengan kelulusan Ijazah masing-masing.
 
Memang tidak dinafikan bahawa e-Sports mempunyai potensi besar dalam memberi peluang pekerjaan yang cukup besar pada masa hadapan dengan industri menjurus ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 yang berasaskan teknologi selain meningkatkan nilai ekonomi negara kita.
 

 

Adakah anda setuju e-Sports memberi kesan yang positif dalam mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak-anak muda? Suarakan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa untuk layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *