Kelayakan:
i. Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang, Sumber Manusia, Sains Sosial, Undang-Undang, Hubungan Antarabangsa, atau bidang yang berkaitan dari Universiti atau Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;
ii. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
iii. Mempunyai pengalaman bekerja berkaitan pengurusan sumber manusia serta pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia adalah merupakan satu kelebihan;
iv. Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
v. Mampu bekerja dalam pasukan dengan pemantauan yang minima.
Kekosongan jawatan:
Tanggungjawab:
i. Membantu pengurusan operasi dan hal ehwal berkaitan sumber manusia di Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan;
ii. Membantu dalam merancang dan melaksanakan perancangan/aktiviti tahunan serta perbelanjaan Bahagian;
iii. Membantu pembangunan dasar/polisi/peraturan berkaitan pengurusan sumber manusia;
iv. Mengemaskini rekod pemfailan dan pengurusan sistem maklumat sumber manusia;
v. Membantu melaksanakan lain-lain tugas sepertimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
Cara Memohon:
Calon-calon yang berminat adalah diminta untuk mengemukakan surat permohonan yang lengkap seperti maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, surat rujukan majikan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) melalui pos atau melalui serahan tangan sebelum atau pada 10 Mei 2024 (Jumaat) kepada:
Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungai Puan Nurulhidayati Masdim di talian 03-2612 5600.