TARAF PELANTIKAN :
- Lantikan Kontrak
MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN :
- Maklumat syarat lantikan/gaji boleh dicapai melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dipautan SPA – AKAUNTAN GRED WA9
KELAYAKAN :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DESKRIPSI TUGAS :
- Mengendalikan fungsi kewangan/ perakaunan harian.
- Menyemak dan memastikan semua data dalam sistem perakaunan dimasukkan dengan betul dan tepat
- Pemeriksaan harian untuk transaksi lejar am.
- Memastikan semua transaksi perakaunan mengikut piawaian perakaunan (MPSAS).
- Menyediakan dan menyemak dokumen berkaitan perakaunan dan kewangan untuk rujukan dalaman atau pengesahan dan kelulusan Pengurusan.
- Memantau baki bank, pindahan dana dan kedudukan aliran tunai jabatan.
- Menyediakan bajet/unjuran kewangan tahunan dan sasaran prestasi.
- Menyediakan dan menyemak laporan kewangan dan akaun kepada pengurusan dan kementerian.
- Menyediakan, menyemak dan membuat penyelarasan semua lejar am, pemiutang akaun dan penghutang akaun.
CALON-CALON YANG BERMINAT, SILA :
1) KLIK "QUICK APPLY" ATAU
2) E-MEL : kerjaya@stadium.gov.my
SERTA MENGEMUKAKAN :
1) SIJIL-SIJIL KELAYAKAN (Sijil SPM / Diploma / Ijazah yang berkaitan jawatan dipohon)
2) RESUME
Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil ke sesi temuduga.
Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH TUTUP IKLAN : 28 JUN 2026 (AHAD)
Job Location
Aras 2 Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City, Sri Petaling, 57700 Kuala Lumpur
Click to view the location on Google maps