Job Description
Bertanggungjawab dalam pemasangan, penyelenggaraan, pemeriksaan dan pembaikan mesin ais serta peralatan F&B bagi memastikan semua peralatan (equipment) berfungsi dengan baik dan selamat digunakan oleh pelanggan.
Skop Kerja Utma
1.Pemasangan & Pentauliahan (Installation & Commissioning)
- Melakukan pemasangan unit baru mesin ais, mesin kopi komersial, dispenser minuman, mesin basuh pinggan mangkuk, dan peralatan F&B lain di lokasi pelanggan (cafe, restoran, hospital, hotel, dll.).
- Memastikan sambungan elektrik, bekalan air, dan sistem saliran dibuat dengan betul mengikut spesifikasi teknikal.
2.Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance - PM)
- Melaksanakan jadual servis berkala untuk memastikan mesin beroperasi pada tahap optimum dan mengelakkan kerosakan luar jangka.
- Menjalankan kerja-kerja pembersihan (descaling), sanitasi sistem air, dan pemeriksaan komponen kritikal (pemampat, motor, penderia)
3.Pembaikan & Penyelesaian Masalah (Corrective Maintenance & Troubleshooting)
- Mendiagnosis kerosakan mekanikal, elektrikal, dan sistem penyejukan (refrigeration) pada peralatan F&B.
- Menjalankan kerja-kerja pembaikan, penukaran alat ganti yang rosak, dan pengecasan gas bahan pendingin (gas charging).
4.Pelaporan & Dokumentasi
- Melengkapkan laporan servis (Service Report), borang pemasangan, dan jaminan dengan tepat selepas setiap tugasan.
- Melaporkan status kerosakan besar atau isu teknikal kepada Penyelia Teknikal.
5.Latihan Pelanggan
- Memberi latihan asas kepada staf pelanggan mengenai cara operasi betul dan penjagaan harian mesin.
Keperluan Kerja
- Minimum SPM / Sijil / Diploma dalam bidang Elektrik, Mekanikal, Penyejukan atau bidang berkaitan
- Mempunyai pengalaman membaiki dan menyelenggara mesin ice maker atau peralatan F&B adalah satu kelebihan
- Mempunyai pengetahuan asas pendawaian elektrik dan troubleshooting
- Boleh bekerja secara berdikari dan juga dalam kumpulan
- Mempunyai lesen memandu yang sah
- Bersedia untuk membuat kerja dan servis di lokasi pelanggan (outstation/onsite)
- Bertanggungjawab, berdisiplin dan boleh mengikut jadual kerja
- Graduan baru digalakkan memohon
Compensation & Benefits
- EPF, SOCSO & EIS (statutory contributions)
- Medical Leave (MC)
- Annual Leave
- 50% meal discount at Poseidon Cafe (Kelana Jaya only)
- Personal Accident Insurance
- Medical Claim
Job Location
Block A, 3A-13, Jalan SS 7/26, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Click to view the location on Google maps