TANGGUNGJAWAB UTAMA:
- Membentuk pelan jualan korporat untuk mencapai sasaran (KPI) tahunan yang ditetapkan oleh syarikat
- Memantau trend pasaran komunikasi dan aktiviti pesaing untuk mengenal pasti peluang jualan baharu
- Menilai prestasi pasukan jualan secara berkala dan membuat pelarasan strategi untuk memastikan sasaran pendapatan tercapai
- Mengurus kenyataan media, sidang akhbar, dan memastikan publisiti meluas bagi setiap aktiviti organisasi.
- Menjalin kerjasama dengan pelanggan korporat utama dan pihak berkepentingan (stakeholders) untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan.
- Menyelia pengeluaran bahan promosi seperti brosur, video korporat, dan kandungan multimedia untuk mengukuhkan identiti jabatan atau syarikat.
- Memastikan semua pertanyaan, aduan dan isu pelanggan melalui pelbagai saluran komunikasidikendalikan secara professional dan berkesan bagi memelihara imej jabatan
- Merancang dan memantau sistem aduan serta maklum balas untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.
- Menyelaras lawatan kerja, program tanggungjawab sosial korporat (CSR), dan majlis rasmi organisasi.
- Memastikan maklumat organisasi disampaikan secara tepat kepada kakitangan bagi menyokong pencapaian matlamat bersama.
- Memastikan pasukan jualan melaksanakan aktiviti jualan seperti sales call, sales blitz, customer visit dan promotion secara aktif dan berterusan bagi mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.
- Menyediakan laporan berkala mengenai prestasi jualan dan keberkesanan kempen komunikasi untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan atasan.
KELAYANAKAN & KEPERLUAN:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemasaran, Komunikasi, Perniagaan atau bidang berkaitan.
- Pengalaman sekurang-kurangnya 5–8 tahun dalam bidang jualan, pemasaran atau komunikasi korporat.
- Mempunyai jaringan hubungan (networking) yang baik dengan pelanggan korporat dan pihak berkepentingan.
- Berkemahiran dalam perancangan strategik dan pelaksanaan kempen pemasaran.
- Mampu bekerja di bawah tekanan dan mencapai sasaran jualan
Faedah & Kebaikan
- Elaun (upah perjalanan, pengangkutan, dll.)
- Pengangkutan awam berdekatan
- Lokasi pusat
- Waktu kerja fleksibel
- Insurans perubatan
- Cuti peribadi
- Budaya terbuka
- Peluang pembangunan peribadi
- Insurans pergigian
- Faedah hilang upaya
- Latihan dan pembangunan berbayar
- Makanan Bertugas
Job Location
Jalan Sungai Ujong, Taman Ast, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Click to view the location on Google maps