TUJUAN KERJA
MARDICorp sedang mencari Pengurus Kewangan & Perolehan yang berpengalaman dan berkebolehan tinggi untuk menerajui operasi kewangan, pelaporan, pematuhan dan aktiviti perolehan syarikat. Peranan ini memastikan tadbir urus kewangan yang kukuh, amalan perolehan yang telus dan sokongan yang berkesan untuk membuat keputusan strategik di seluruh organisasi.
TUGAS & TANGGUNGJAWAB
Unit Kewangan
- Operasi & Pelaporan Kewangan: Mengendalikan pelaporan bulanan/suku tahunan, bajet, aliran tunai dan A/R & A/P.
- Perakaunan & Pematuhan: Mengurus akaun set lengkap, penutupan, penyatuan dan pematuhan peraturan.
- Semakan & Kawalan Dokumen: Meluluskan PV, PO, borang dan kertas projek mengikut had kuasa.
- Perancangan & Analisis Kewangan: Memantau bajet, varians, ramalan dan memberikan pandangan kewangan.
- Pengkosan & Strategi Projek: Menyemak pengkosan, mengawal perbelanjaan dan menyokong keputusan kewangan.
- Kawalan Dalaman & Risiko: Memperkukuh proses, kawalan dan pengurusan risiko.
- Perhubungan Cukai, SST & Pihak Berkepentingan: Menyelia pematuhan cukai, SST dan berhubung dengan pihak berkepentingan utama.
Unit Perolehan
- Pengurusan Perolehan: Menerajui proses perolehan penuh mengikut SOP dan had kelulusan.
- Semakan & Kelulusan Dokumen: Meluluskan PR, PO, tender dan kontrak dengan dokumentasi lengkap.
- Pengawasan Vendor & Pematuhan: Mengurus sumber vendor, prestasi, pematuhan harga dan risiko Akta SPRM 17A.
- Rekod & Kesediaan Audit: Menyelenggara rekod pembekal, kontrak dan memastikan dokumentasi sedia untuk audit.
KELAYAKAN & SYARAT:
- Ijazah atau kelayakan profesional dalam Perakaunan, Kewangan, Pengajian Perniagaan, Ekonomi, Tadbir Urus, Pengurusan Risiko atau disiplin yang berkaitan.
- Minimum 12 tahun pengalaman dalam kewangan dan/atau pengauditan, dengan sekurang-kurangnya 2 tahun dalam jawatan pengurusan.
- Pengalaman dalam GLC/GLCS amat diutamakan; pendedahan kepada audit ESG adalah satu kelebihan tambahan.
- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kepimpinan dalam tadbir urus, pematuhan atau fungsi berkaitan perolehan.
- Komitmen yang tinggi terhadap ketelusan dan pematuhan penuh terhadap dasar kewangan dan perolehan.
- Kemahiran analitikal, komunikasi dan kepimpinan yang cemerlang, dengan keupayaan untuk memacu peningkatan kewangan
Faedah & Kebaikan
- Cuti peribadi
- Budaya terbuka
- Peluang pembangunan peribadi
Job Location
Secretariat Building, MAEPS, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Click to view the location on Google maps