Terlalu lama duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tentunya menimbulkan kebosanan kepada sesiapa sahaja. Bagi yang masih buntu, jom manfaatkan masa lapang anda dengan mengunjungi tiga muzium di Malaysia yang menawarkan lawatan secara maya. 

Dengan hanya duduk di sofa empuk di kediaman masing-masing, anda boleh menikmati pengalaman baharu menjelajah ke seluruh panorama galeri dan artifak muzium-muzium maya di negara ini.

 

Sumber : Muzium Maya Terengganu

Muzium Maya Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Merupakan muzium maya yang pertama di Malaysia dan ketiga di dunia. Orang ramai berpeluang melihat sebanyak 33,000 bahan sejarah dan artifak milik Lembaga Muzium Negeri Terengganu secara digital di http://muziummaya.my . Terdapat 8 galeri utama iaitu Galeri Tekstil, Galeri Di Raja, Galeri Kraf, Galer Islam, Galeri Sejarah, Galeri Sumber Alam & Ekonomi, Galeri Pelayaran & Perdagangan dan Galeri Perikanan & Taman Laut. Selain itu, terdapat juga galeri tambahan Pameran Kartun 2018 dan Pameran Nostalgia Terengganu.

 

 

Sumber : Galeri Muzium Maya Bank Negara Malaysia

Galeri Muzium Maya Bank Negara Malaysia

Menawarkan enam galeri tetap dengan pelbagai tema iaitu Galeri Kanak-kanak, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan & Perbankan Islam, Galeri Numismatik dan Galeri Seni. Galeri-galeri ini menyelami ekonomi Malaysia, peranan Bank Negara Malaysia dalam pembangunan ekonomi serta landskap kewangan negara sejak zaman pra-kemerdekaan sehingga kini. Layari http://www.museum.bnm.gov.my/v2/virtualmuseum/bm/ untuk pengalaman baharu.

 

 

Sumber : Galeri Muzium Jabatan Muzium Malaysia

Galeri Maya Jabatan Muzium Malaysia

Perkhidmatan galeri maya yang ditawarkan ialah Pameran Gambus Serantau, Tenun Songket Asean dan Pameran Wayang Kulit Nusantara ‘Simbolisme Di Sebalik Layar’. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.jmm.gov.my/en/taxonomy/term/386 .

 

Jika sebelum ini kita sering mendengar mengenai muzium maya di luar negara tetapi siapa sangka Malaysia juga memiliki perkhidmatan yang sama untuk dicuba. Selain dapat mengisi masa terluang anda, aktiviti ini juga mampu menambahkan ilmu pengetahuan mengenai warisan sejarah negara. Ikuti Jobstore.com untuk pelbagai topik trending dan informasi pekerjaan di Malaysia.


Rosalinda is a content writer who writes career-related and lifestyle contents in Malay language. Rosalinda has a sweet tooth and can’t resist ice-cream.

Reach me at rosalinda@jobstore.com

SHARE ON