6 Tips Kekal Aktif di Rumah Semasa PKP

6 Tips Kekal Aktif di Rumah Semasa PKP

Posted by

Walaupun berada di rumah, rakyat Malaysia disarankan untuk kekal aktif sama ada melalui senaman mahu pun aktiviti fizikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Kajian menunjukkan senaman dan aktiviti fizikal adalah penting untuk mengekalkan kesihatan mental, meningkatkan mood di samping melegakan kebimbangan dan keresahan. Malah ia juga membantu mengasah minda dan meningkatkan kekuatan otot.

Jadi, usah duduk diam sahaja di rumah, jom kita manfaatkan masa terluang dengan mengamalkan senaman dan aktiviti fizikal berikut.

Senaman kardio

Senaman kardio merupakan senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali hingga membuatkan jantung berdegup lebih laju daripada biasa. Antara kebaikan senaman ini ialah ia dapat meningkatkan metabolisme dan menangani masalah diabetis. Jom bersenam, bagi yang mempunyai basikal senaman atau treadmill di rumah.

 

Push-up, squat, plank, burpees dan lounges

Jika tidak mempunyai peralatan senaman yang khusus di rumah, manfaatkan senaman dengan menggunakan berat badan sendiri seperti push-ups atau tekan tubi, squat, plank, burpees dan lounges di samping Tabata. Kaedah senaman ini hanya menggunakan pelbagai otot.

 

Yoga 

Yoga adalah antara senaman yang menjadi pilihan ramai wanita masa kini dan mudah diamalkan di rumah. Senaman ini melibatkan pergerakan perlahan dan terkawal yang mampu melatih seluruh anggota tubuh di samping, meletakkan kepentingan terhadap pengawalan pernafasan semasa melakukan postur dan rutin pergerakan. Yoga juga sangat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan yang dialami akibat persekitaran, pekerjaan serta permasalahan harian yang lain.

 

Tai chi

Tai chi merupakan senaman impak rendah yang berupaya meningkatkan ketahanan, fleksibiliti dan keseimbangan tubuh. Selain memberi tumpuan kepada gerakan tertentu pada seluruh anggota tubuh, aspek pernafasan yang betul juga diambil kira bagi memastikan tai chi lebih efektif. Berbanding senaman lain, tai chi banyak menggunakan pergerakan membulat dan tanpa paksaan pada otot lalu membuatkan bahagian terbabit lebih relaks.

 

Tarian

Anda juga boleh kekal aktif dengan melakukan pelbagai jenis tarian bagi membakar kalori. Jika tidak mempunyai asas dalam tarian tertentu, ciptalah gerakan anda sendiri dan berdansa sebebasnya. Teruskan rutin tarian dengan menonton video muzik penyanyi pujaan anda atau berlatih menerusi aplikasi TikTok.

 

Kemas rumah

Melakukan kerja rumah merupakan senaman yang hebat kerana anda boleh membakar sehingga 190 kalori dalam tempoh kira-kira 40 minit. Dengan hanya membasuh pakaian anda mampu membakar 144 kalori manakala menyapu sampah selama 1 jam membakar 161 kalori dan mencuci pinggan serta mengemas dapur (187 kalori).

 

Jangan jadikan alasan berkurung di rumah untuk menghalang anda daripada bersenam dan kekal aktif. Menariknya, aktiviti ini juga boleh dilakukan bersama ahli keluarga termasuk anak-anak. Layari Jobstore.com untuk pelbagai topik trending dan informasi pekerjaan di Malaysia.


Rosalinda is a content writer who writes career-related and lifestyle contents in Malay language. Rosalinda has a sweet tooth and can’t resist ice-cream.

Reach me at rosalinda@jobstore.com

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *