Tips Penjarakan Sosial di Rumah dan Pejabat

Tips Penjarakan Sosial di Rumah dan Pejabat

Posted by

Hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, sejauh mana tahap penjarakan sosial (sosial distancing) yang menjadi amalan anda dan ahli keluarga setakat ini?

Penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dari orang sekeliling selain tidak berkumpul dan berada di tempat sesak amat penting dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Pendekatan tersebut terbukti berkesan apabila buat pertama kalinya tiada kes domestik baharu direkodkan di pusat penularan wabak di wilayah Hubei, China selama dua hari berturut-turut.

Oleh itu, fahami panduan penjarakan sosial yang digariskan Kementerian Kesihatan ketika di rumah dan pejabat seperti di bawah. Marilah kita bersama-sama menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan memainkan peranan dalam mengurangkan risiko penyebaran jangkitan wabak. 

 

 

Ketika di rumah

Ahli keluarga yang sakit perlu berada di dalam bilik secara bersendirian dengan dibantu hanya seorang penjaga. Pastikan pintu bilik sentiasa ditutup. Amalkan pemakaian topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga buat ahli keluarga yang sakit mahu pun penjaga.

Bagi mereka yang tinggal bersama ahli keluarga yang berusia lebih 65 tahun atau mempunyai penyakit, disarankan untuk mempertimbangkan perlindungan tambahan untuk golongan berkenaan.

Selain itu, sentiasa amalkan penjagaan kebersihan yang rapi dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air, membersihkan permukaan yang kerap disentuh, buka tingkap untuk pengudaraan di samping menutup mulut dan hidung dengan tisu/lengan ketika batuk atau bersin. 

 

 

Ketika di pejabat

Seperti kita maklum, kakitangan awam dan swasta yang bertugas dalam perkhidmatan penting negara dikecualikan daripada Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

Perkhidmatan penting itu ialah air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Majikan terlibat perlu mempertimbangkan tips penjarakan sosial seperti di bawah untuk kakitangan masing-masing : 

  • tidak berjabat tangan
  • mengamalkan etika batuk dan bersin
  • pembasmi kuman di pintu masuk
  • peringatan jadual sanitasi yang kerap
  • mesyuarat dan acara berskala besar ditangguhkan 
  • pekerja sakit, rehat di rumah
  • membersihkan permukaan yang kerap disentuh
  • buka tingkap
  • bekerja dari rumah jika boleh mengikut jadual giliran
  • menilai risiko perjalan rasmi untuk kakitangan
  • hadkan pengendalian makanan 
  • meningkatkan kebersihan dan saringan kesihatan

 

Sentiasa patuhi saranan pihak berkuasa dengan mengamalkan penjarakan sosial walau di mana jua anda berada. Bagi yang bercuti, manfaatkan tempoh dua minggu ini untuk duduk diam-diam di rumah bersama keluarga manakala yang perlu bekerja, jaga diri anda selalu.

Jika ada sebarang pendapat kongsikan di ruangan komen di bawah. Ikuti Jobstore.com untuk pelbagai informasi terkini dan panduan pekerjaan di Malaysia. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *