Sudah seminggu temuduga anda berlalu namun masih tiada sebarang maklum balas diterima. Berdasarkan janji pihak perekrut/majikan, calon yang terpilih akan dihubungi seawal mungkin dalam minggu sama atau paling lewat sehingga hujung bulan.

Walaupun telah melepasi tarikh-tarikh dijanjikan, anda masih belum menerima khabar gembira. Atau mungkinkah anda tidak akan menerima apa-apa langsung khabar gembira daripada mereka? 

Apa yang mustahak jangan sesekali menghentikan misi pencarian kerja anda sepanjang tempoh menunggu jawapan itu. Terus aktifkan momentum tersebut sehingga anda ditawarkan kerjaya yang setimpal dengan jawatan dan gaji dipohon.

Tiada khabar gembira daripada perekrut/majikan bukan petanda anda gagal dalam pencarian kerja yang dilakukan. Boleh jadi mereka memerlukan lebih banyak masa dalam pemilihan calon untuk mengisi kekosongan tersebut atas faktor-faktor seperti di bawah:

 

1. Ketiadaan pegawai terlibat

  • Urusan pengambilan kerja kebiasaannya melibatkan beberapa pegawai dan mungkin kerja-kerja itu tertangguh seketika disebabkan salah seorang daripadanya tidak berada di pejabat kerana tugasan luar daerah, bercuti, kematian ahli keluarga mahu pun telah menamatkan perkhidmatan.

 

2. Sesi temuduga yang panjang

  • Sesi temu duga mungkin dilanjutkan kerana ada calon-calon yang menunda jadual mereka. 

 

3. Temuduga peringkat kedua

  • Perekrut boleh mengatur temuduga kali kedua, ketiga atau keempat membabitkan calon-calon yang kurang cemerlang semasa sesi pertama. Proses tapisan calon yang bakal dipanggil semula tentunya akan memakan masa panjang kerana melibatkan mesyuarat, beberapa siri perbincangan, makluman menerusi email dan lain-lain lagi.

 

4. Proses penilaian

  • Proses ini tentunya mengambil masa kerana pegawai akan melakukan pemeriksaan rujukan dan latar belakang pemohon.

 

5. Majikan iklankan semula kekosongan

  • Jika masih tidak menemui calon pekerja yang dimahukan, majikan mungkin akan mempertimbangkan untuk mengiklankan semula jawatan kosong itu.

6. Mempunyai calon lain

  • Anda mungkin pilihan kedua majikan jadi proses tawaran kerja tergendala kerana mereka menunggu maklum balas daripada calon pilihan pertama.

 

 

#Tips Buat Susulan Selepas Temuduga:

  • Mulakan dengan hantar email terima kasih kepada penemuduga dalam tempoh 24 jam selepas sesi itu diadakan.
  • Diikuti dengan susulan secara berhemah yang boleh dilakukan dalam tempoh 10 ke 14 hari selepas ditemuduga. Susulan boleh dibuat menerusi kiriman email atau panggilan telefon.
  • Tempoh purata untuk pemohon ditawarkan bekerja selepas ditemuduga adalah 42 hari. Satu lagi kajian mendedahkan tempoh purata sebanyak 27 hari namun angka ini berbeza-beza mengikut negara dan jenis kerjaya.

 

Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Ikuti Jobstore.com untuk  pelbagai peluang pekerjaan di Malaysia di samping isu-isu trending.

 


Rosalinda is a content writer who writes career-related and lifestyle contents in Malay language. Rosalinda has a sweet tooth and can’t resist ice-cream.

Reach me at rosalinda@jobstore.com

SHARE ON