Puluhan resume sudah dihantar sejak awal tahun tetapi masih belum ada rezeki dipanggil ke temu duga dan diterima bekerja? Teruskan berusaha dan jangan cepat mengalah, ya. Mungkin Mac bakal menjadi bulan bertuah anda kerana terdapat 10 majikan di seluruh negeri yang kini menawarkan pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi segera. Jom mohon!

Hap Seng Consolidated Bhd. (HSCB)

Beroperasi di Wisma Hap Seng di ibu kota, HSCB merupakan syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia. Perniagaan teras konglomerat ini merangkumi bidang perladangan, pelaburan dan pembangunan hartanah, pembiayaan kredit, automotif di samping perdagangan bahan binaan dan baja.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Ditubuhkan pada 1996, MDEC merupakan agensi di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan ekonomi digital negara. 

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong
 
 
 

Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd.

Merupakan syarikat induk dan salah satu peneraju utama di Kumpulan Adabi. Sehingga kini lebih 100 produk dikeluarka daripada keseluruhan 10 kategori iaitu serbuk rempah campuran, pes, tepung campuran, sos di samping makanan dalam tin dan minuman sekali gus menjadikannya jenama isi rumah terkemuka dalam industri pembuatan makanan.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

 

GD Builders Sdn. Bhd.

Merupakan subsidiari milik Shanghai Wai Gao Qiao Geological Engineering Co.Ltd. (SWGQ) dan ditubuhkan untuk membawa teknologi, kepakaran dan pengalaman SWGQ ke Malaysia serta rantau Asean. 

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

 

Le Xiao Yao (M) Sdn. Bhd.

Syarikat hiburan dan teknologi yang beroperasi di Penampang, Sabah dengan lebih 100 pekerja. Pelbagai jawatan dibuka untuk permohonan segera.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

 

AEON Credit Service (M) Bhd.

Penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank ini menawarkan jawatan pengurus dan eksekutif termasuk dalam bidang teknologi maklumat (IT).
 
Klik di sini untuk senarai jawatan kosong
 
 
 
 

Pilot Construction Sdn. Bhd.

Antara syarikat pembinan dan pembangunan terkemuka di Malaysia yang kini mencari calon-calon dinamik, komited, berbakat dan berpengalaman untuk menjadi salah seorang daripada warga kerjanya.
 
Klik Di Sini Untuk Jawatan Kosong
 
 
 
 

Coolblog Dessert Sdn. Bhd.  

Jenama minuman dan pencuci mulut Malaysia ini menawarkan 25 perisa dengan lebih 300 variasi produk. Menerusi pelan pembangunan tiga tahunnya, Coolblog menyasarkan untuk menambah cawangan kepada 500 buah di seluruh Malaysia.
 
Klik Di Sini Untuk Jawatan Kosong
 
 
 
 

Ninestar Image (Malaysia) Sdn. Bhd.  

Beroperasi di Shah Alam, syarikat yang ditubuhkan pada 12 November 2013 ini terlibat dalam sektor pembuatan dakwat percetakan.
 
Klik Di Sini Untuk Jawatan Kosong
 
 
 
 
 

Brickfields Asia College Sdn. Bhd.

Misi institusi  ini adalah untuk menyediakan ekosistem pendidikan yang lengkap  sekali gus memberi impak dalam pembentukan graduan bertaraf global. Kekosongan yang ditawarkan antaranya bagi jawatan pengurus penasihat kerjaya, video editor, penerbit kandungan kreatif dan eksekutif kewangan.
 
Klik Di Sini Untuk Jawatan Kosong
 
 

Rosalinda is a content writer who writes career-related and lifestyle contents in Malay language. Rosalinda has a sweet tooth and can’t resist ice-cream.

Reach me at rosalinda@jobstore.com

SHARE ON