Cara Mohon Pertukaran ke Pejabat Cawangan

Cara Mohon Pertukaran ke Pejabat Cawangan

Posted by

Salah satu langkah mudah untuk berpindah tanpa perlu mengorbankan kerjaya idaman anda adalah dengan memohon pertukaran ke pejabat cawangan tempat anda berkhidmat.Ā 

Pertukaran ke pejabat cawangan sama ada dalam negeri mahu pun di luar negara akan membolehkan anda mengekalkan kekananan jawatan selain meneroka peluangĀ  dan cabaran baharu dalam pembangunan kerjaya.Ā 

Walaupun kebanyakan syarikat bersedia mempertimbangkan pertukaran pekerja jika membabitkan isu keluarga, kesihatan mahu pun sebab-sebab profesional, tetapi jangan pula anda mengambil mudah proses itu, sebaliknya rangka strategi bagi memastikan segala urusan permohonan berjalan lancar.Ā 

Ā 

Berhubung dengan Jabatan Sumber Manusia
Jumpa pegawai berkaitan dan dapatkan maklumat tentang kekosongan jawatan di pejabat cawangan yang anda mahukan.Ā 

 

Buat senarai pencapaian
Senaraikan anugerah, sumbangan dan penghargaan yang diterima sepanjang tempoh berkhidmat di samping projek-projek khas yang pernah dikendalikan. Maklumat ini penting bagi menyokong permohonan anda.Ā 

 

Sediakan surat
Siapkan surat permohonan pertukaran ke lokasi diingini untuk diserahkan kepada pihak atasan. Nyatakan sebab spesifik mahu berpindah. Masukkan juga maklumat kemampuan diri, pencapaian dan pengalaman sepanjang tempoh perkhidmatan dengan syarikat.Ā 

 

Tips:

1. Pilih masa sesuai untuk menyerahkan surat kepada bos anda. Jika bos anda seorang yang mudah didekati dan sering minum kopi di pantri setiap pagi maka ini adalah waktu terbaik untuk anda bertindak. Tetapi sekiranya pagi merupakan waktu sibuk untuknya mengejar tugasan akhir maka dekati bos anda pada sebelah petang.

2. Huraikan sebab spesifik anda mahu berpindah ke lokasi tersebut. Contohnya:

  • Kesihatan : Perlu mengikuti rawatan berterusan bagi penyakit tertentu di hospital di bandar/negeri/negara berkenaan.
  • Keluarga : Mahu menjaga kedua ibu bapa yang uzur di kampung atau mahu bersama dengan keluarga selepas berjauhan sepanjang berkhidmat dengan syarikat.
  • Sebab profesional : Mahukan persekitaran kerja baharu atau mengelak konflik dengan rakan sekerja.

Ā 

Bersiap-sedia dipanggil bos

Anda mungkin akan dipanggil pihak atasan selepas surat permohonan pertukaran itu diterima, jadi persiapkan diri dengan jawapan yang menyakinkan. Jelaskan yang pertukaran tersebut bakal memberi manfaat kepada prestasi kerja anda dan juga syarikat. Sekiranya anda tidak mempunyai hubungan baik dengan bos, kekalkan suasana perbincangan yang positif dengan memberi penekananĀ  kepada potensi diri yang bakal menguntungkan syarikat apabila berkhidmat di pejabat baharu.

 

Sama ada permohonan anda diluluskan atau ditolak, kekalkan tahap profesionalisme anda sepanjang proses permohonan pertukaran itu. Sebarang pendapat kongsikan di ruangan komen di bawah. Ikuti Jobstore.com untukĀ  pelbagai informasi terkini mengenai peluang pekerjaanĀ dan gaya hidup.

Ā 


Rosalinda is a content writer who writesĀ career-related and lifestyle contents in Malay language. Rosalinda has a sweet tooth and can’t resist ice-cream.

Reach me atĀ rosalinda@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *