Majikan lazimnya bergelut dengan masa yang panjang untuk meneliti setiap permohonan kerja, namun proses itu ada kalanya tidak membuahkan hasil seperti diharapkan apabila mereka gagal menemui calon berkelayakan.

Seperti mana pendekatan para majikan, kami di Jobstore juga percaya pengambilan pekerja bagi mengisi sesuatu jawatan perlu dibuat berdasarkan pemahaman calon mengenai kemahiran dan kebolehan masing-masing.

Jadi, seiring dengan penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI), Jobstore tampil memperkenalkan kemudahan Sistem Padanan AI bagi membantu golongan majikan mengenal pasti calon terbaik dalam pencarian pekerja.

 

 

Sistem Padanan AI Jobstore bantu majikan kenal pasti calon berkelayakan secara efisyen

Setiap majikan tentunya mengimpikan proses pengambilan pekerja yang cepat dan mudah. Tidak ada ertinya menerima sehingga 100 permohonan kerja baharu jika masih tiada calon yang layak untuk mengisi kekosongan yang diperlukan. Usah bimbang, dengan Sistem Padanan AI Jobstore ini anda akan menerima cadangan calon paling layak untuk sesuatu jawatan.

 

 

Bagaimana Sistem Padanan AI Jobstore kenal pasti calon bersesuaian?

Sistem Padanan AI Jobstore direka khas bagi membolehkan proses pencarian pekerja menjadi lebih efisien. Dengan teknologi AI, sistem ini dapat menerima dan mengkaji maklumat yang terdapat pada resume pencari kerja di samping butiran yang disertakan dalam permohonan. 

Kemudian, perbandingan akan dibuat bagi menentukan sama ada calon pencari kerja itu mempunyai kriteria sepadan dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam butiran jawatan.

Menerusi sistem ini juga, jumlah calon berkelayakan dapat dikenal pasti dengan lebih mudah, malah cadangan yang disyorkan turut disertakan dengan skor kepadanan.

 

Sistem Padanan AI Jobstore beri manfaat kepada proses pengambilan pekerja

Proses pencarian, usaha untuk menghubungi dan pengambilan pekerja merupakan tugasan  yang kompleks. Bukan mudah untuk mengenal pasti calon yang layak untuk dijadikan pelaburan syarikat. Berikut adalah empat kelebihan Sistem Padanan AI Jobstore dalam  membantu memperbaiki strategi pengambilan pekerja.

 

     1. Tambah baik objektif 

  • Sistem Padanan AI Jobstore dapat mengelak sebarang isu  dalam pemilihan pekerja sekali gus membantu majikan agar sentiasa konsisten dalam membuat penilaian. 
  • Majikan hanya perlu memproses calon yang layak sahaja berdasarkan calon paling relevan yang disyorkan.

 

     2. Akses pantas dalam pencarian pekerja berkualiti

  • Selain dapat menjimatkan masa meniliti resume, padanan AI Jobstore turut membolehkan majikan menilai skor calon.

 

      3. Carian kata kunci dianalisis secara automatik

  • Menerusi Sistem Padanan AI, majikan tidak akan terlepas pandang mana-mana calon berkelayakan walaupun resume yang dilampirkan kurang menarik.

 

   4. Kos pengambilan pekerja yang lebih efektif

  • Langkah pengambilan pekerja berkelayakan akan membolehkan majikan mengurangkan kos perolehan di organisasi masing-masing di samping perbelanjaan lain termasuk latihan sampingan.

 

Kongsikan pengalaman anda menggunakan kemudahan Sistem Padanan AI Jobstore dengan kami. Ikuti Jobstore.com untuk maklumat lanjut mengenai produk ini dan informasi terkini mengenai kerjaya.

 

Rosalinda is a content writer who writes career-related and lifestyle contents in Malay language. Rosalinda has a sweet tooth and can’t resist ice-cream.

Reach me at rosalinda@jobstore.com

 

SHARE ON