Hari Kekasih sememangnya dinantikan setiap pasangan saban tahun. Tentunya masing-masing sudah merancang kejutan manis buat yang tersayang esok. Bagi yang buntu, masih belum terlambat untuk anda dapatkan hadiah istimewa dalam meraikan hari penuh bermakna ini.

Ketepikan pemberian jambangan bunga atau coklat, Jobstore.com kongsikan 9 idea barangan yang mesti anda miliki di samping yang perlu dihadiahkan kepada kekasih hati.

 

Percutian romantis

  • Percutian romantis ke pulau peranginan atau ke mana-mana destinasi idaman pasangan anda mampu menyemarakkan lagi ikatan cinta sekali gus mengimbau momen-momen indah sepanjang bersama.

 

Tiket konsert/ perlawanan bola sepak

  • Beri peluang pasangan anda menikmati masa berkualiti bersama rakan-rakan dengan menghadiahkan tiket konsert penyanyi K-Pop kegilaan mereka atau belikan tiket ke perlawanan bola sepak pasukan kegemaran si dia. Walaupun tidak berkongsi minat sama tetapi bukan alasan untuk anda tidak menyokong mereka.

 

Barang kemas/ aksesori

  • Sama ada rantai atau gelang mahu pun aksesori seperti jam tangan atau kaca mata hitam, kesemua hadiah ini akan membuatkan si dia rasa lebih sempurna, dihargai dan disayangi. Jika ada yang berhasrat untuk melamar kekasih hati pada hari istimewa ini maka sebentuk cincin merupakan pilihan sempurna pada “Valentine’s Day” 2020.

 

Gajet/ permainan video

  • Terlepas peluang untuk hadiahkan pasangan anda iPhone 11 atau gajet terkini lain termasuk permainan video semasa hari lahir mereka? Ini masanya anda buat kejutan paling manis buat si dia.

Kasut/ beg tangan/ pakaian

  • Tidak mengapa hadiahkan barangan yang sama setiap kali tibanya Hari Kekasih terutama jika ia merupakan kasut sukan atau beg tangan jenama terkenal kegemaran si dia. Secara tidak langsung anda dapat membantu menambahkan lagi koleksi mereka.

 

Minyak wangi/ kosmetik

  • Antara hadiah yang paling mudah didapati di saat akhir. Tidak salah berhabis untuk haruman menawan seperti Chanel, Dolce & Gabbana, Dior, Gucci, Giorgio Armani, Versace, Jo Malone dan Paco Rabanne kesukaan pasangan.

 

Surat cinta 12 bulan

  • Bagi yang inginkan kelainan, cuba karang surat cinta selama 12 bulan untuk pasangan anda. Mungkin juga boleh disertakan dengan puisi istimewa nukilan masing-masing. Wah ini sudah cukup untuk membuat si dia tersenyum ketika membaca surat-surat cinta.

 

Set perkakas dapur/ aksesori motosikal/ barangan pendakian

  • Jika pasangan anda mempunyai hobi memasak atau membuat bakeri, hadiahkan set peralatan dapur di samping pinggan-mangkuk unik kepada mereka. Begitu jika sekiranya si dia gemarkan aktiviti permotoran, belikan sahaja helmet atau jaket baharu buat yang tersayang.

 

Buku

  • Dapatkan buku kegemaran si dia di pasaran. Tentunya anda akan lebih disayangi pasangan sekiranya berjaya mendapatkan bahan bacaan edisi terhad yang diidamkan mereka.

 

Raikan hari bermakna ini dengan penuh rasa cinta dan jangan tunggu saat akhir untuk dapatkan hadiah. Sebarang pendapat kongsikan di ruangan komen di bawah. Ikuti Jobstore.com untuk informasi gaya hidup, kerjaya dan topik-topik “trending”. Selamat Hari Kekasih! Jobstore.com sayang anda!

 

Rosalinda is a content writer who writes career-related and lifestyle contents in Malay language. Rosalinda has a sweet tooth and can’t resist ice-cream.

Reach me at rosalinda@jobstore.com

 

SHARE ON