Pencarian kerja semakin sukar bagi graduan universiti, terutamanya lepasan Ijazah dan Diploma pada zaman ini. Begitu juga dengan lepasan SPM dan STPM yang mula resah tentang masa depan masing-masing, serta kewangan.

 

Namun, ada juga yang mulakan kerjaya dalam bidang restoran walaupun rezeki untuk bekerja dalam bidang yang diinginkan belum sampai. Persoalannya, kenapa kerja dalam bidang restoran?

 

Sejak zaman dahulu lagi, restoran seperti McDonald’s, KFC, Pizza Hut dan lain-lain menjadi tempat popular untuk pelajar lepasan SPM mahupun graduan universiti bekerja part-time untuk mencari duit poket sementara menunggu keputusan SPM, serta mendapat tawaran pekerjaan yang bagus. Maknanya anda tak perlulah harapkan mak dan ayah untuk berikan wang Ringgit untuk perbelanjaan diri anda sendiri jika dijadikan sebagai kerjaya pertama anda, kan?

Gaji bekerja pula boleh mencecah ribuan Ringgit jika bekerja sepenuh masa dan banyak faedah lain yang diberikan kepada pekerja. Oleh itu, kami senaraikan 6 sebab kenapa bekerja dalam bidang restoran sebagai kerjaya pertama anda!

 

1. Pelbagai faedah yang ditawarkan

Selain gaji, pelbagai faedah akan ditawarkan seperti EPF, SOCSO, cuti tahunan dan cuti sakit. Di samping itu, kenaikan pangkat juga ditawarkan sekiranya pekerja mencapai KPI yang ditetapkan. Paling best dalam kerja bidang ini adalah FREE FOOD kerana semuanya ditanggung oleh mereka.

 

2. Kerja berpasukan mendatangkan kejayaan

Kemahiran kerjasama merupakan kemahiran yang paling penting bagi semua sebagai persediaan jika anda mendapat tawaran kerja di syarikat lain pada masa yang akan datang. Dalam bidang restoran, setiap pekerja memainkan peranan yang penting untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan dan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh syarikat.

 

3. Tip sebagai ganjaran tambahan

Tip bukan sahaja dianggap sebagai pendapatan sampingan yang lumayan, malah ia juga memberi motivasi kepada pekerja agar bekerja dengan lebih kuat.

 


Artikel berkaitan: 5 Tips Cari Kerja Untuk Lepasan SPM


 
4. Belajar untuk bersabar

Kebanyakan pekerja dapat mengenal erti kesebaran dalam melayan pelanggan yang cerewet apabila hidangan yang mereka order tidak menepati citarasa yang ditetapkan oleh restoran. Sekiranya anda dapat mengatasi masalah atau permintaan pelanggan, sudah tentu anda mempunyai kemahiran tersebut dengan sikap tenang dan terkendali.

 

5. Rasa lebih yakin dengan diri sendiri

Bekerja dalam bidang restoran juga dapat meningkatkan keyakinan diri anda. Anda akan berasa lebih yakin dengan menyelesaikan masalah yang asas serta kemahiran yang dipelajari bagi mengukuhkan lagi pengalaman kerja pada resume.

6. Banyak kemahiran diperoleh dari bekerja

Anda akan terdedah dengan pelbagai kemahiran dalam bidang restoran seperti pengurusan masa, kepimpinan dan komunikasi. Kemahiran-kemahiran ini boleh digunakan untuk kerjaya lain pada masa akan datang.

 

Pernahkan anda bekerja di restoran untuk memulakan kerjaya anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

 

SHARE ON