Percaya atau tidak, aktiviti team building yang best dan menyeronokkan dapat meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Malah, hubungan profesional yang terjalin antara rakan sekerja juga dapat memberikan sesebuah organisasi sisi daya saing yang sihat. Oleh itu, bagaimana hendak mencapai perikatan hubungan positif tersebut? Berikut adalah 10 senarai aktiviti team building yang best:

 

 

1. Cabaran ‘Escape the Room’

Cubaan untuk keluar (mengikut masa yang ditetapkan) apabila anda terperangkap di dalam sebuah bilik asing bersama sejumlah orang sudah tentu memerlukan ‘team effort’. Cabaran ‘Escape the Room’ adalah antara aktiviti team building yang menjadi pilihan ramai. Anda boleh layari laman web Escape Room atau Breakout Malaysia untuk maklumat lanjut.

 

2. Kelas memasak dan bakeri

Kelas memasak dan bakeri adalah salah satu cara terbaik untuk menjalinkan ikatan antara kumpulan kerana kadangkala kita juga perlukan pertolongan tambahan lagi-lagi jika tidak biasa dengan sesuatu resepi. ABC Cooking Studio Malaysia ada menawarkan beberapa aktiviti yang best!

 

3. Aktiviti sukarelawan

Aktiviti team building sukarelawan bukan sahaja dapat menjalinkan perikatan antara rakan sekerja, tetapi anda juga dapat memberikan kesan positif terhadap komuniti sekeliling. Antara aktiviti atau program sukarelawan di Malaysia adalah Free Tree Society dan Volunteer Program Zoo Negara.

 

4. Uji daya ketahanan di Skytrex Adventure

Aktiviti uji daya ketahanan yang ditawarkan oleh Skytrex Adventure memerlukan kerjasama antara kumpulan seperti mendorong dan memberi semangat terhadap ahli kumpulan untuk menempuh pelbagai bentuk cabaran yang disediakan. Pelbagai peringkat cabaran boleh dirujuk di laman web Skytrex Adventure.

 

 

5. Perlumbaan Go Kart

Untuk ahli kumpulan yang gemarkan aktiviti perlumbaan, go kart merupakan pilihan aktiviti team building yang baik untuk meningkatkan tahap adrenaline sambil mengeratkan lagi hubungan profesional antara rakan sekerja. City Karting ada menawarkan beberapa jenis aktiviti go kart yang anda boleh pilih.

 

6. Pertempuran Nerf / Paintball

Bayangkan tempat kerja anda dijadikan seperti medan pertempuran Nerf di mana anda dan pasukan anda harus bekerjasama untuk mengelakkan hukuman yang bakal dikenakan. Alternatif lain adalah pertempuran paintball yang pasti akan mengeluarkan sisi kompetitif masing-masing. Layari laman web Cyberjaya Paintball Park, Paintball Valley dan Canyon Paintball untuk maklumat lanjut.

 

7. Barbeque di pantai / air terjun

Aktiviti barbeque adalah antara aktiviti team building yang sering diadakan. Anda sebagai penganjur boleh membuat kumpulan berlainan jabatan sebagai inisiatif membina hubungan profesional yang baik antara rakan sekerja. Setiap kumpulan pula dipertanggungjawabkan untuk membawa makanan atau minuman.

 

 

8. Workshop seni dan kraftangan

Workshop seni dan kraftangan merupakan aktiviti yang menyeronokkan di mana rakan sekerja dapat menyaksikan bakat seni terpendam masing-masing. Pelbagai pilihan workshop yang ada di sekitar KL seperti Craft at No.7 dan The Craft Crowd.

 

9. Throwback movie night

Bagi yang kekurangan bajet, pilihan aktiviti team building yang senang diadakan sudah semestinya adalah throwback movie night. Mainkan satu atau dua jenis movie throwback berlainan genre seperti aksi atau komedi di pejabat dan buat pesanan dari Grabfood untuk makan malam bersama rakan sekerja sambil layan movie.

 

10. Scavenger Hunt

‘Scavenger Hunt’ adalah sebuah permainan berkumpulan di mana penganjur akan menyediakan senarai barang-barang dan setiap kumpulan dikehendaki untuk mencari lalu mengumpul kesemua barang tersebut. Aktiviti ini tergolong dalam jenis aktiviti yang tidak memerlukan bajet yang banyak dan sesuai diadakan di pejabat atau outdoor

 

 

Apakah jenis aktiviti team building yang anda sukai? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa untuk ikuti Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan, informasi kerjaya dan banyak lagi.


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

SHARE ON