Pernahkah anda terfikir untuk travel sambil menjana pendapatan dalam masa yang sama? Sekiranya anda mencari pekerjaan luar dari rutin pejabat, berikut adalah senarai pekerjaan  yang boleh diceburi untuk anda kerja sambil travel.

 

1. Wakil Khidmat Pelanggan dalam Talian

Jika anda mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan dan berkemahiran dalam mengendalikan aduan dan situasi krisis, contoh pekerjaan ini adalah yang terbaik buat anda. Walaupun anda masih akan menghabiskan sebahagian besar dari masa anda di hadapan laptop dan smartphone semasa travel, pekerjaan tersebut mempunyai tetapan masa kerja tersendiri.

 

2. Pemasaran Digital

Dalam bidang digital, anda berpeluang untuk bekerja dalam talian dan travel di mana akan terdapat banyak peluang pekerjaan secara freelance. Terdapat syarikat-syarikat yang mahukan pemasar persendirian untuk perkhidmatan mereka supaya dapat membantu mengoptimumkan enjin carian (search engine optimisation), pengiklanan berbayar dan analisis pemasaran.

 

3. Pengajar Selam Skuba

Selam skuba tersenarai sebagai salah satu sukan popular di seluruh dunia. Penyelam skuba sering travel ke pelbagai negara untuk mencari tapak menyelam yang baru. Sekiranya anda ingin menjadi seorang tenaga pengajar, latihan profesional adalah wajib dan akan dijalankan selama beberapa minggu.

 

 

4. Pemandu Pelancong

Menjadi pemandu pelancong di negara yang berbeza adalah mencabar kerana kebanyakan agen pelancongan lebih mahukan penduduk tempatan sebagai pekerja. Pemandu pelancong tempatan adalah lebih mudah untuk anda mencari syarikat tempatan dan memohon jawatan tersebut. Walaupun anda tidak berpengalaman dalam bidang ini, anda boleh cuba memohon sebagai pembantu untuk pemandu pelancong senior.

 

5. Pengurus Media Sosial

Sekiranya anda mahir mengurus laman media sosial, anda boleh mencari pelbagai syarikat dan jenama untuk membantu mengembangkan dan mengekalkan media sosial bagi pihak mereka. Anda hendaklah berpengalaman dalam bidang pengiklanan dalam talian kerana ianya adalah aspek penting dalam meningkatkan kesedaran jenama.

 

6. Programmer

Anda boleh travel ke luar negara dengan mudah dan bekerja secara dalam talian sekiranya anda berkemahiran tinggi dan berpengalaman dalam bidang programming. Terdapat pelbagai laman yang membenarkan programmer freelance untuk mencari klien dalam talian.

 

7. Pembantu Maya

Walaupun pekerjaan tersebut tidak memerlukan kehadiran anda di pejabat dan anda boleh bekerja dari jarak jauh, kehadiran anda perlulah disediakan untuk orang atasan anda ketika waktu bekerja. Terdapat pelbagai tugasan pembantu maya boleh lakukan seperti mengurus kalendar, temujanji, e-mel dan banyak lagi.

 

 

8. Youtuber

Kerjaya sebagai seorang Youtuber dikenali sebagai antara bidang yang kompetitif dan mencabar, tetapi ianya adalah contoh kerja sambil travel yang dapat menjana pendapatan lumayan sekiranya anda menyediakan kandungan yang menarik lagi kreatif seperti merakam pengembaraan anda ke serata dunia dan pelbagai lagi.

 

9. Jurugambar Freelance

Pekerjaan tersebut adalah antara contoh kerja sambil travel yang menjadi pilihan mereka yang mempunyai minat terhadap bidang fotografi. Bidang ini juga bukanlah mudah kerana anda perlu memasarkan kerja anda dengan portfolio yang profesional melalui laman media sosial untuk meraih perhatian pelanggan anda.

 

10. Pramugari / Pramugara

Tidak disangkal lagi bahawa pekerjaan sebagai pramugari dan pramugara adalah antara kerja sambil travel yang popular di mana anda dapat mengembara ke segala pelosok dunia serta terdedah dengan budaya yang pelbagai. Anda perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang mantap dalam memastikan keselesaan dan keselamatan para penumpang.

 

11. Penjual Jalanan

Menjual makanan atau cenderahati di jalanan, pusat membeli-belah atau tempat-tempat umum boleh membantu menjana pendapatan semasa anda travel. Apa yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan adalah dengan melabur masa, kesabaran, duit muka, perancangan strategik, strategi pemasaran asas dan lesen atau permit yang diperlukan untuk berniaga di kawasan tersebut.

 

12. Kapal Cruise

Makanan dan penginapan percuma semasa travel? Pekerjaan cruise adalah antara pekerjaan kerja sambil travel di mana anda berpeluang untuk berjumpa dengan pelbagai orang berlainan budaya. Walaupun kebanyakan orang tidak menganggap pekerjaan ini sebagai pekerjaan tetap, terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang tersedia dalam bidang ini seperti hiburan, perubatan, penjagaan peribadi, kejuruteraan, perkhidmatan dan hospitaliti.

 

 

13. Pereka Grafik Freelance

Reka bentuk grafik dan laman web akan sentiasa menjadi permintaan. Asalkan anda mempunyai kemahiran photoshop dan komputer dengan sambungan internet yang baik, pekerjaan ini amat sesuai untuk anda ceburi. Mempunyai minat terhadap reka bentuk dan estetik juga akan memberi anda kelebihan di dalam industri tersebut.

 

14. Content Writer Freelance

Sekiranya anda mempunyai minat terhadap penulisan, maka pekerjaan tersebut adalah sesuai untuk anda. Anda boleh menulis kandungan seperti blog, artikel atau apa-apa pengiklanan untuk sebarang syarikat. Semakin banyak pengalaman anda dalam bidang ini, semakin tinggi peluang untuk anda menerbitkan dan dibayar untuk kandungan milik anda.

 

15. Pengajar Yoga

Pernahkah anda terfikir untuk travel sambil mengajar yoga di negara lain? Ianya sudah tentu akan mengambil sedikit masa untuk anda membiasakan diri dengan persekitaran baru dan mengenali penduduk sekitar, tetapi kerja sambil travel ini adalah peluang terbaik untuk anda peroleh pengalaman hidup yang menarik. 

 

Mempunyai masalah dalam memasukkan CV anda ke dalam senarai perekrut? Baca panduan artikel ini untuk maklumat lanjut. Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa ikuti Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan.


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

SHARE ON