Mengenali Kerjaya Pereka Fesyen

Posted by

Kerjaya pereka fesyen merupakan salah satu bidang yang glamor dalam industri seni kreatif pada zaman ini. Seperti yang anda lihat semasa anda membeli-belah mahupun scroll feed di laman media sosial, dunia fesyen sentiasa berubah mengikut trend dan perkembangan masa. Kami tahu anda mahu tampil trendy dengan gaya fesyen terkini, serta ingin menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal! 😉

 

Sama seperti pereka grafik, pereka fesyen sememangnya unik dengan rekaan-rekaan menarik pada busana atau pakaian. Mereka bukan sahaja mempunyai minda yang kreatif dalam menghasilkan busana, malah mereka juga dikategorikan sebagai golongan extrovert kerana mereka suka mencari perhatian, gemar sesuatu yang mencabar dan mencari rekaan yang baru pada busana.

Bidang kerjaya fesyen sebenarnya bukanlah bidang yang dikuasai oleh kaum wanita, sebaliknya kaum lelaki turut menceburi dalam bidang tersebut dan mewujudkan beberapa nama terkenal dalam industri fesyen pada zaman ini. Hal ini tidak dinafikan kerana ramai golongan lelaki menjadi pereka fesyen sebagai kerjaya yang mampu mengangkat nama dan negara di pentas antarabangsa.

 

Sebut sahaja tentang glamor dalam industri pakaian, kerjaya pereka fesyen dikatakan mampu memberi pendapatan lumayan. 🤑 Tambahan pula, pihak media dan agensi-agensi fesyen turut memberikan peluang yang luas kepada bakat-bakat baru untuk menonjolkan bakat di majalah dan televisyen.

Skop sebagai pereka fesyen sangat luas kerana mereka bukan sahaja menghasilkan ciptaan pada busana, malah mereka juga berpeluang untuk bekerja sebagai pelukis fesyen (fashion illustrator), stylist, perunding imej dan sebagainya. Ada juga pereka fesyen juga berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan pendidikan sepenuh masa untuk memajukan sektor ekonomi dan pendidikan negara.

 

Kerja pereka fesyen sebenarnya besar dari apa yang anda sangkakan. Dengan adanya daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi, pereka fesyen mencipta atau menggambarkan idea dan menghasilkan reka bentuk dengan tangan atau menggunakan computer-aided design (CAD). Mereka juga perlu mempunyai material dalam proses rekaan busana termasuk kain / fabrik, fastenings (zip dan cangkuk) dan alat-alat jahitan selain menghasilkan corak atau motif pada rekaan busana.

Untuk menghasilkan rekaan busana yang unik, pereka fesyen mempunyai penglihatan yang baik bagi menghasilkan details pada busana dan memahami tekstur kain / fabrik dan warna bagi melengkapkan segala hasil rekaan busana yang menonjol. Bukan itu sahaja, komunikasi dan kemahiran interpersonal sangat penting untuk menggalakan mereka dan pasukan pereka berkongsi idea dan pandangan sesama mereka secara berkesan.

Konklusinya, kerjaya sebagai pereka fesyen bukan sekadar memerlukan kreativiti tinggi untuk menghasilkan busana mengikut trend dan keperluan semua, namun hard work and effort dan keusahawanan adalah penting untuk berjaya dalam industri pakaian walaupun bidang ini dianggap glamor. Menurut kata pereka fesyen terkenal negara Datuk Rizalman Ibrahim, sekiranya bidang fesyen dan industri pakaian pupus dalam tamadun manusia, maka berbogellah kita sampai ke hari ini. (Statement ini betul tau, jangan buat main ye wahai pembaca!)

Jangan lupa juga untuk ikuti Jobstore untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan banyak lagi!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *