Anda semua sudah tahu tentang kereta konvensional (berenjin petrol) yang anda biasa memandu di jalan raya pada zaman ini. Namun, anda masih tidak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan dengan perkembangan teknologi dalam industri automotif. Jika anda lihat sekarang, kuantiti kereta hibrid (hybrid) dan kereta elektrik masih lagi berada dalam tahap yang rendah di Malaysia kerana tiada kesedaran tentang teknologi baru dalam industri automotif dan kurang pasaran serta permintaan daripada pengguna.

 

Kemajuan industri automotif dunia telah berkembang pesat dengan pengenalan kereta hibrid (hybrid) dan kereta elektrik serta teknologi-teknologi yang berkaitan dengannya. Walaupun kedua-dua sumber kuasa ini sudah semakin banyak dan diterima oleh masyarakat dunia, masih ramai menggunakan kenderaan konvensional sebagai kenderaan harian mereka.

Apakah perbezaan antara kereta hibrid dan kereta elektrik?

Kereta hibrid adalah kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman untuk memacu generator elektrik yang akan menjana motor elektrik. Enjin utama hibrid masih menggunakan petrol sebagai bahan api, namun ia mempunyai sistem motor elektrik yang akan diaktifkan secara automatik untuk penjimatan minyak dalam operasi sistem hibrid. Manakala kereta elektrik (electric vehicles / EV) bergantung sepenuhnya kepada kuasa elektrik sebagai kuasa utama dari pek bateri untuk menggerakan kenderaan.

 

Kelebihan Kereta Hibrid dan Kereta Elektrik

Walaupun kedua-dua kereta ini sememangnya mesra alam dan dianggap sebagai kenderaan masa depan, ada beberapa kelebihan yang terdapat pada kereta-kereta ini. Pengguna kereta hibrid tidak perlu risau tentang peningkatan harga petrol dan diesel kerana ia mampu menjimatkan petrol dan menghasilkan asap toksik tahap rendah. Dengan wujudnya enjin petrol dan motor elektrik pada kereta hibrid, kedua-dua enjin ini berfungsi secara efektif dalam mengurangkan penggunaan petrol lebih dari separuh. Di samping itu, brek yang dikonfiguraskan pada kereta hibrid juga berfungsi untuk menangkap tenaga yang dibebaskan dan digunakan untuk mengecas bateri dalam kereta hibrid.

Kereta elektrik bukan sahaja menjimatkan kos petrol dan mengeluarkan asap-asap toksik, malah ia mampu mengurangkan pencemaran bunyi. Ini kerana kereta elektrik menggunakan mekanisma instant torque yang mana motor dalam kereta ini mempunyai pergerakan torque penuh yang bermula dengan 0 rpm. Berbeza dengan kereta hibrid, kereta elektrik mempunyai brek regeneratif (regenerative brake) yang akan berfungsi menjadi dinamo apabila pendikit dilepaskan dan mampu memperlahankan kenderaan sekiranya brek ditekan sedikit. Ini bermakna kos penyelenggaraan kereta elektrik sangat berbaloi kerana ia mempunyai jangka hayat yang panjang serta mengurangkan kadar haus dan lusuh (wear and tear) pada komponen-komponen pada kereta elektrik. Namun, hanya kos penyelenggaraan bateri yang mahal diperlukan supaya bertahan lama.

 

Seperti yang disebutkan, kenderaan yang menggunakan teknologi hibrid dan kuasa elektrik banyak diterima oleh masyarakat dunia, terutamanya di negara-negara tertentu seperti Norway, Amerika Syarikat dan Jepun. Walaupun kedua-dua kenderaan ini semakin popular di media massa, Malaysia pada hakikatnya masih ketinggalan jauh dalam perkembangan teknologi di industri automotif disebabkan kurang kesedaran, terutamanya tentang alam sekitar dan permintaan pasaran yang rendah. Oleh itu, teknologi kedua-dua kenderaan serta kos untuk memasarkan kenderaan tersebut masih lagi dikaji dari masa ke masa bagi memperhebatkan industri automotif negara untuk masa hadapan.

Adakah kenderaan berkuasa hibrid dan elektrik mampu menjamin masa hadapan industri automotif negara? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

SHARE ON