Sekiranya anda seorang pelajar kolej atau siswazah terbaru, ianya merupakan suatu bentuk cabaran untuk mengenal pasti informasi yang perlu diletak di dalam resume. Lagipun, kebanyakan pelajar kolej tidak mempunyai latarbelakang kerjaya yang luas. Tetapi jangan risau, para majikan maklum akan perkara tersebut dan mereka juga tidak mengharapkan untuk melihat senarai pengalaman kerja yang panjang.

Bagi pelajar yang ingin mencari peluang latihan industri atau internship, anda boleh senaraikan kesemua pencapaian yang anda perolehi semasa belajar sebagai penentuan kelayakan anda untuk internship, dan juga untuk jawatan pasca graduasi pertama anda.

Selain itu, pelajar turut boleh menyertakan sekali kemahiran atau kebolehan anda dengan memasukkan senarai aktiviti sukarelawan, dan aktiviti ekstra kurikulum yang lain. Ambil peluang ini untuk menunjukkan bakal majikan kemahiran yang anda ada bagi membantu permohonan internship anda dipertimbangkan untuk jemputan temuduga kelak.

 

 

Apa Yang Perlu Ada Dalam Resume Internship?

Berikut merupakan tips penulisan resume untuk rujukan para pelajar kolej atau siswazah yang ingin mencari peluang internship, berserta dengan contoh resume.

1. Fokus Pada Pendidikan

Tekankan kepada latarbelakang akademik anda. Sertakan sekali nama institusi dan ijazah yang diambil, termasuk sebarang pencapaian seperti keputusan GPA yang tinggi atau apa sahaja anugerah akademik yang pernah diterima. Jika anda pernah mengambil kursus yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, letakkan sekali maklumat tersebut di dalam resume internship anda.

2. Masukkan Pekerjaan Yang Berkaitan

Pelajar boleh memasukkan sebarang pengalaman latihan industri atau pekerjaan sambilan untuk menyatakan kemahiran yang anda telah perolehi walaupun pengalaman tersebut tiada kaitan dengan jawatan yang dipohon. Sebagai contoh, anda boleh memasukkan pekerjaan sambilan sebagai juruwang sekiranya pengalaman itu mengajar erti khidmat pelanggan atau kemahiran kepimpinan.

3. Masukkan Aktiviti Ekstra Kurikulum

Tidak mengapa jika anda tidak mempunyai pengalaman kerja yang mencukupi, anda boleh memasukkan apa sahaja pengalaman aktiviti semasa belajar. Ianya termasuk kelab, persukanan, aktiviti sukarelawan atau khidmat masyarakat. Kesemua aktiviti tersebut dapat menunjukkan kemahiran serta kebolehan anda.

4. Masukkan Pengalaman Kepimpinan

Pernahkah anda memegang jawatan di sebuah kelab persatuan, atau pernah menjadi kapten dalam mana-mana pasukan? Pernahkah anda menjalani tanggungjawab sebagai seorang pemimpin semasa bekerja dahulu? Pastikan anda senaraikan segala pengalaman kepimpinan yang anda perolehi kerana ianya dapat menunjukkan keupayaan anda untuk memimpin sebuah pasukan.

 

 

Tips Penulisan Resume Internship

1. Gunakan Kata Kerja

Penggunaan kata kerja yang betul dapat menunjukkan tanggungjawab anda. Apabila menerangkan tentang pencapaian anda, gunakan kata kerja seperti menerajui, meneliti dan mencipta untuk menggambarkan pengalaman anda dengan cara yang energetik.

2. Gunakan Nombor Apabila Perlu

Jika boleh, pelajar disarankan untuk memasukkan nombor untuk menunjukkan pencapaian anda dengan lebih teliti. Contohnya, anda berjaya mengutip sebanyak RM10,000 dalam sehari semasa bekerja sebagai juruwang. Atau juga boleh menyatakan bahawa anda telah menolong antara 50 – 100 pelanggan setiap hari sebagai ‘retailer’.

3. Pamerkan Kemahiran Yang Memenuhi Syarat Jawatan

Sesetengah kemahiran mempunyai permintaan tinggi oleh majikan terhadap para graduan kolej, dan terdapat juga kemahiran khusus lain yang berkait rapat dengan jawatan yang pelajar pohon. Pastikan anda memasukkan kemahiran yang paling relevan untuk setiap kategori di dalam resume internship anda.

4. Edit dan Proofread

‘Proofread’ atau semak resume internship anda seberapa banyak kali yang mungkin sebelum menghantar kepada bakal majikan. Resume yang tiada cacat cela dan mengikut format akan membuat anda kelihatan profesional. Pelajar turut boleh rujuk kawan atau ahli keluarga untuk menyemak resume internship tersebut.

5. Gunakan Contoh Resume

Gunakan contoh resume sebagai rujukan penulisan resume internship anda sendiri. Contoh resume ini akan membantu pelajar menentukan jenis kandungan untuk disertakan, berserta dengan cara penggunaan format yang betul.

 

 

Contoh Resume Internship

Apabila anda menggunakan contoh resume yang diberi, pastikan anda edit kandungan tersebut berdasarkan pengalaman dan kelayakan kendiri untuk jawatan yang dipohon.

 

 

Kebanyakan majikan akan menyemak resume internship anda dengan cepat. Oleh itu, ianya penting untuk anda menyediakan resume dengan format yang betul, jelas dan ringkas bagi meningkatkan peluang anda untuk diterima bekerja. 

Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa ikuti Jobstore.com untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan pelbagai lagi.


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

SHARE ON