Langkah Pencegahan Kanser Payudara

Posted by

 

Kanser payudara merupakan pembunuh utama kaum Hawa yang sangat digeruni di dunia pada zaman ini. Kebanyakan wanita menghidap kanser payudara pada usia kurang dari 50 tahun dan 1 daripada 30 orang wanita berisiko mendapat kanser payudara di Malaysia. Ia bukan sahaja menyerang wanita, malah penyakit ini turut menyerang kaum lelaki.

 

 

Kanser payudara berlaku apabila sel atau tumour di dalam payudara mula tumbuh di luar kawalan dan membentuk ketumbuhan. Tumour di dalam payudara boleh merebak ke nodus limfa (lymph nodes) atau kawasan lain di setiap bahagian badan. 

 

Tanda-tanda kanser payudara

Kebanyakan wanita tidak peka tentang tanda-tanda awal kanser payudara kerana terlalu takut untuk didiagnos atau mengetahui risiko. Selain ketumbuhan tumour di dalam payudara atau benjolan di sekitarnya, cecair bercampur darah keluar dari payudara yang bererti kanser sudah dalam tahap kritikal dan mesti segera mendapatkan rawatan.

 

Adakah anda pernah mendapat respon seperti GIF ini dari salah seorang ahli keluarga atau rakan?

 

Kanser payudara juga boleh menyebabkan tanda-tanda berikut:

  • Warna kulit payudara menjadi merah
  • Kegatalan pada puting susu
  • Perubahan pada saiz payudara tanpa sebab
  • Kesakitan di bahagian payudara yang tidak hilang
  • Puting masuk ke bahagian dalam
  • Kerutan di sekitar payudara

 

Penulis sendiri takut tentang tanda-tanda kanser payudara sambil menulis artikel ini sehingga tanda-tanda ini bakal terjadi pada dia. 😭

 

Kanser payudara boleh dirawat jika dapat mengesan dan menyedari tanda-tanda tersebut lebih awal. Namun, sekiranya wanita (dan lelaki) mengabaikan tanda-tanda tersebut, sel-sel kanser akan melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, serta akan mengorbankan nyawa. 

 

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah kanser payudara?

Sebenarnya, anda boleh menjaga pemakanan dan memperbaiki gaya hidup anda untuk mengurangkan risiko kanser payudara selain melakukan pemeriksaan pada payudara. Pemakanan sihat memainkan peranan utama dalam mencegah kanser payudara dan membina semula imunisasi tubuh badan. Misalnya, brokoli adalah sayur yang mencegah pertumbuhan tumour dalam sesebuah hidangan.

 

Brokoli merupakan salah satu sayuran yang boleh mencegah kanser payudara. 🥦

 

Di samping itu, anda perlu mengawal berat badan dan melakukan aktiviti senaman atau fizikal untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan sambil mencegah kanser payudara. Dengan ini, anda berpeluang untuk mendapatkan berat badan ideal, memiliki ketrampilan menarik dan berkeyakinan tinggi, terutamanya selepas sesi pemeriksaan. Amalan pengambilan terapi penggantian hormon juga perlu dielakkan kerana kajian menunjukkan pengambilan terapi tersebut boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser tersebut.

 

Lakukan senaman atau aktiviti fizikal untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan sambil mencegah kanser payudara.

 

Sekiranya anda merupakan perokok tegar, kami nasihatkan anda untuk berhenti merokok kerana ia merupakan punca negatif kepada kanser payudara. Tambahan pula, anda juga perlu mengurangkan makanan proses dalam hidangan harian dan minum air kosong untuk mengelakkan dehidrasi dan kehausan.

Bukan itu sahaja, anda perlu mengenalpasti sejarah keluarga dan faktor risiko untuk menangani kanser payudara, serta mendapatkan sokongan emosi dan bantuan dari ahli keluarga dan rakan sekiranya memerlukan.

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, kita perlulah mengambil berat tentang kanser payudara dan mendidik orang ramai untuk melakukan pemeriksaan berkala dalam mencegah kanser yang berbahaya, serta memberi sokongan penuh kepada pesakit kanser payudara dan keluarga mereka untuk terus tabah dan kuat dalam melawan kanser tersebut. Oleh itu, sama-sama kita menjaga pemakanan dan gaya hidup demi kesejahteraan semua serta memberi sokongan moral kepada pejuang-pejuang kanser payudara.

 

Apakah langkah-langkah anda untuk mengelakkan diri anda mendapat kanser payudara? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *