Bagi meningkatkan peluang anda untuk dipertimbangkan oleh para perekrut dan pengurus ambilan pekerja, anda memerlukan satu resume yang boleh tangkap perhatian mereka sebagai calon yang sesuai untuk jawatan kosong tersebut. Salah satu cara adalah dengan penggunaan sijil yang boleh memantapkan lagi resume anda dengan memaparkan tahap kemahiran dan bakat kendiri. Berikut merupakan 5 kursus dan pensijilan percuma untuk memantapkan resume anda:

1. Google Analytics Online Courses

Sebagai salah sebuah enjin carian popular di Internet, Google menawarkan kursus analitik dalam talian percuma! Jika anda berminat terhadap digital analitik seperti platform Google Analytics, analitik e-commerce atau analitik aplikasi dalam talian, anda boleh cuba Akademi Analitik atau Analytics Academy untuk belajar dan menguji tahap pengetahuan anda.  

Set kemahiran baru ini akan menjadi sebuah alat yang berguna terutamanya untuk para penulis, pakar-pakar pemasaran, dan ahli strategi digital. Realisasikan kerjaya yang cemerlang dengan tahap kemahiran yang baik tentang Google Analytics.

2. HubSpot

Di dalam zaman ekonomi digital semasa, ianya telah menjadi suatu kebiasaan bagi para pekerja untuk terlibat dalam kempen pemasaran yang berkaitan dengan kerja harian mereka untuk tujuan pemasaran. Demi menjadi calon yang berpengalaman, adalah disarankan untuk individu mempunyai kesedaran tentang media sosial, pemasaran kandungan dan pemasaran digital.

Ini adalah peluang anda untuk menguasai konsep pemasaran digital menerusi HubSpot Inbound Marketing Certification atau Pensijilan Pemasaran Inbound Hubspot. Pensijilan tersebut merangkumi asas-asas Search Engine Optimisation (SEO), blogging, halaman pendaratan/landing pages, analisis memupuk/lead nurturing dan analisis penukaran utama/conversion analysis.

Walau anda tidak mempunyai pengalaman dalam pemasaran digital, pensijilan tersebut dapat memberi anda kelebihan berbanding calon yang lain dalam bidang kepakaran tersebut yang tidak biasa dengan konsep asas pemasaran digital.

3. Coursera

Coursera memberikan anda akses kepada kursus-kursus kolej dari pelbagai universiti terkemuka dari 43 negara dalam dunia. Kursus-kursus percuma tersebut tidak menyediakan sebarang ijazah tetapi anda boleh melengkapkan inset-inset kursus tertentu untuk membuat pengkhususan percuma atau kos rendah seperti Big Data atau Asasi Perniagaan. Kursus yang ditawarkan Coursera adalah luas dan jika anda ingin belajar dengan lebih mendalam tentang suatu pengkhususan tertentu, adalah disarankan untuk anda terokai Udemy atau Udacity.

4. CodeAcademy

Codeacademy adalah sebuah hab latihan dalam talian khusus untuk topik-topik teknikal. Anda boleh mendaftar kursus percuma mengenai topik-topik seperti Structured Query Language (SQL), pembangunan laman web dan asas pengaturcaraan untuk mengembangkan lagi kemahiran anda dalam bidang ini.

Sijil tersebut amat berguna jika anda berminat untuk memegang jawatan dalam bidang pengaturcaraan. Cara lain untuk anda alami pengalaman yang datang dengan jawatan tersebut adalah dengan mengambil tugasan secara bebas atau freelance. Kehadiran individu terdekat yang boleh menjamin kemahiran anda turut dapat membantu memantapkan lagi resume anda.

5. OpenCulture

Anda turut boleh meneliti senarai tawaran kursus pensijilan oleh OpenCulture dari pelbagai platform seperti Coursera, FutureLearn dan universiti-universiti yang berdedikasi. Walaupun kursus dan pensijilan percuma tidak sama tarafnya dengan pensijilan peringkat tinggi atau ijazah rasmi, ianya masih dapat memberikan peluang untuk anda mempelajari suatu kemahiran yang baru dan bantu melatih anda demi pembangunan peribadi serta profesional kendiri.

Akhir Kata

Hanya senaraikan pensijilan yang relevan dengan jawatan yang dipohon di dalam resume anda. Resume tersebut hanya perlu dilengkapi dengan maklumat yang mencukupi dan mudah untuk dibaca. Antara aspek terbaik dalam mempelajari perkara yang baru akan menunjukkan bahawa anda berminat untuk menambah ilmu pengetahuan pada masa lapang.

Perlu diingat juga bahawa para perekrut dan pengurus ambilan pekerja sentiasa mencari calon-calon yang bermotivasi dan mempunyai matlamat peribadi yang hendak dicapai di masa akan datang. Oleh itu, rebutlah peluang untuk mengambil pensijilan tambahan untuk melangkah maju dalam kerjaya.

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. Ikuti kami untuk lebih maklumat tentang kerjaya dan layari Jobstore.com untuk peluang pencarian kerja baharu.


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

SHARE ON