5 Contoh Resume Sesuai Untuk Sebarang Profesion

5 Contoh Resume Sesuai Untuk Sebarang Profesion

Posted by

Mencari pekerjaan di masa kini diketahui umum memakan masa yang agak lama. Bagi individu yang sedang giat mencari kerja, panggilan temuduga merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu tetapi dalam pada masa yang sama turut membuatkan mereka gementar atau ragu-ragu dengan perkara yang tidak pasti.

Bagi menyenangkan proses anda mencari kerja, kami sediakan beberapa resume dengan 5 contoh terbaik sesuai untuk apa jua profesion pilihan setiap individu. Pastikan anda sunting perkara yang perlu mengikut kelayakan peribadi anda.

1. Kemasukan Entry Level

Jika ini merupakan pekerjaan sepenuh masa anda yang pertama, resume untuk entry-level merupakan antara contoh resume yang mudah diikuti. Untuk kemasukan tersebut, anda boleh menyenaraikan pengalaman yang ada seperti kerja separuh masa, program latihan atau latihan industri, serta aktiviti-aktiviti sukarelawan. Senaraikan sahaja segala pencapaian yang anda ada.

Bagi lepasan graduan, adalah dinasihatkan untuk anda meletakkan informasi pelajaran di bawah bahagian objektif karier di dalam resume tersebut. Kongsikan gred dan kerja-kerja kursus anda untuk menunjukkan impak positif terhadap bakal majikan. Senaraikan juga sebarang kemahiran yang boleh dijadikan sebagai kelebihan untuk jawatan yang anda pohon, termasuk sijil-sijil, bahasa yang anda kuasai serta sebarang kemahiran teknikal.

Muat turun: Entry Level Resume Template

2. Kemasukan Bidang Kreatif

Pencipta kandungan kreatif mungkin akan mengalami sedikit cabaran dalam menyediakan atau menyusunkan satu resume yang menarik. Salah satu cara adalah untuk memasukkan pautan ke laman web atau portfolio dalam talian anda untuk memaparkan kesemua hasil kerja anda sekaligus.

Sebelum memohon untuk sesuatu jawatan, gunakan laman cari kerja untuk kegunaan rujukan anda dengan menentukan kecekapan khusus yang dicari oleh bakal majikan dan senaraikan mereka di bahagian pengalaman kerja anda. Selain itu, anda turut boleh mempamerkan kemahiran rekabentuk yang anda miliki melalui cara anda menyusun resume.

Muat turun:

Creative Content Resume Template.ai

Avenir_font

3. Kemasukan Bidang Teknologi Maklumat

Sebagai individu yang ingin menceburi bidang IT, adalah suatu kemestian untuk mereka menyenaraikan kemahiran teknikal di dalam resume. Bahagian tersebut merupakan pendekatan yang bagus untuk menunjukkan pengalaman anda di dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan, pelayan web, dan sistem operasi. Masukkan juga projek persendirian anda kerana ianya boleh digunakan sebagai portfolio berbentuk digital bagi mempamerkan kemahiran yang anda miliki.

Oleh itu, jika anda memiliki aplikasi mudah alih atau laman web kepunyaan sendiri, anda boleh mengongsikan perkara tersebut di dalam resume anda. Hanya senaraikan kemahiran yang berkaitan dengan jawatan yang anda inginkan. Jikalau jawatan tersebut memerlukan pengalaman dalam HTML, jadi anda perlu menekankan ciri-ciri khusus untuk bidang tersebut berbanding daripada menyenaraikan bahasa-bahasa pengaturcaraan yang lain.

Muat turun: Information Technology Resume Template

4. Kemasukan Bidang Pengurusan dan Perancangan Perniagaan

Kebanyakan syarikat mencari bakal pengurus yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan atau perancangan pada semua peringkat di dalam sesebuah organisasi. Pengurus di bahagian pengambilan pekerja lebih peduli dengan prestasi kerja seseorang, justeru itu, bahagian pengalaman kerja anda boleh diguna pakai sebagai alat untuk membuktikan keupayaan yang anda miliki.

Untuk memantapkan lagi resume anda, gunakan kata kerja bagi mempamerkan tahap kemahiran pengurusan yang relevan dengan jawatan yang dipohon seperti mempelihara, menangani, ditugaskan, mengarah, mengambil alih, mengawasi, mengawal, menyelia, mentadbir, menyusun dan menyelaraskan. 

Muat turun: Business Management Planning Resume Template

5. Kemasukan Bidang Sains dan Kejuruteraan

Apabila memohon jawatan dalam bidang sains dan kejuruteraan, anda disarankan untuk memberi penekanan kepada kemahiran-kemahiran teknikal dan pengalaman yang ada semasa anda menyusun resume. Sertakan sekali ringkasan resume untuk memberikan gambaran ringkas mengenai pencapaian profesional dan kelayakan kendiri untuk rujukan bakal majikan anda.

Muat turun: Science Engineering Resume Template

PDF Editor Dalam Talian

Anda boleh cuba Sejda Online PDF Editor bagi memudahkan anda untuk membuat penyesuaian khusus fail PDF anda. Editor dalam talian percuma tersebut membenarkan anda untuk menambah atau edit teks, imej dan bentuk di dalam fail PDF anda. Pilih fail resume yang anda ingini untuk diedit, dan drag-and-drop fail tersebut ke dalam laman web untuk dimuat turun.

Online PDF Editor

Untuk edit teks:

  1. Tambah teks pada halaman resume. Ubah teks dengan klik pada teks sedia ada untuk mula mengedit.
  2. Klik pada Whiteout pada bahagian atas toolbar, kemudian klik dan heretkan teks yang anda ingin untuk diputihkan atau white out.
  3. Klik pada warna latar belakang. Pilih ikon crosshair di sebelah kiri bawah dan pilih warna dari dokumen untuk memaparkan latar belakang yang anda ingini.
  4. Klik pada warna border. Pilih ikon crosshair dan pilih warna dari dokumen untuk memaparkan border yang anda ingini.

Adakah anda sudah bersedia? Muat turun pautan contoh resume percuma kami dan mulakan pencarian kerja anda! Ikuti kami untuk lebih maklumat tentang kerjaya dan layari Jobstore.com untuk peluang pencarian kerja baharu.


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *