Tidak lama lagi, siaran televisyen digital (TV digital) akan disiarkan sepenuhnya di Malaysia menggunakan teknologi lama analog. Ini kerana sistem penyiaran TV analog akan ditamatkan sepenuhnya secara berperingkat untuk menggalakan rakyat Malaysia untuk beralih ke siaran TV digital yang lebih baik.

 

Sejarah TV digital di Malaysia bermula pada tahun 1996 dengan pengenalan perkhidmatan Astro yang menggunakan satelit MEASAT-1 untuk memulakan siarannya. Pada ketika itu, Astro hanya menawarkan 22 saluran televisyen dan 8 saluran radio. Kini Astro mempunyai lebih dari 200 saluran dalam pelbagai genre, dari kanak-kanak hinggalah sukan serta merupakan penyiar pertama yang memperkenalkan TV berdefinisi tinggi (HDTV) menerusi perkhidmatan Astron B.yond pada hujung tahun 2009.

Perkhidmatan MYTV telah bermula pada tahun 2015 untuk mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian perkhidmatan TV terestrial digital (DTTV) dan memperkenalkan siaran TV digital secara percuma di Malaysia. Inisiatif projek DTTV ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berperanan untuk mengawal selia dan memantau pelaksanaan projek ini.

Pada awal bulan Ogos lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo telah mengumumkan peralihan siaran TV analog ke TV digital secara berperingkat bagi memudahkan pengguna beralih ke siaran TV digital myFreeview sepenuhnya, bermula di Pulau Langkawi, Kedah. Pengumuman tersebut memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus teknologi global pada masa hadapan, sejajar dengan sasaran untuk meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat ke arah Wawasan 2020.

 

Apakah perbezaan antara siaran TV digital dan TV analog?

 

Siapa ingat lagi test card TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada zaman dahulu? 😁

 

TV analog hanya menggunakan sahaja untuk mendapatkan liputan siaran, namun akan ada gangguan apabila keadaan cuaca tidak mengizinkan. Berbanding dengan siaran TV digital, kita akan dapat liputan secara jelas dengan resolusi yang lebih tinggi. Perbezaanya, siaran TV digital seperti myFreeview hanya memerlukan dekoder sebagai tambahan untuk mendapatkan siaran digital.

 

Kelebihan siaran TV digital

Isyarat kukuh siaran TV digital akan memberikan kualiti gambar dan audio yang lebih baik berbanding siaran TV analog yang menawarkan kualiti yang kurang jelas.

Selain itu, siaran TV digital berkebolehan untuk menerima siaran berdefinisi tinggi (HD) untuk membuatkan rancangan atau program ditonton tampil jelas. Manakala siaran TV analog hanya menyokong definisi biasa (SD).

Siaran TV digital juga mempunyai fungsi interaktif untuk memudahkan penonton menonton rancangan yang dirakam dan video atas permintaan (on demand) secara atas talian. Tambahan pula, penonton juga menikmati lebih banyak pilihan saluran dari seluruh dunia untuk ditonton.

 

 

Apa yang paling penting, penonton tidak perlu risau kerana perkhidmatan TV digital ialah percuma dengan tanpa yuran langganan bulanan untuk menikmati siaran TV berkualiti tinggi!

Secara tuntasnya, siaran TV digital percuma dapat membantu merapatkan jurang digital, terutamanya di kawasan terpencil serta memberi kemudahan kepada lebih banyak kandungan dan aplikasi untuk penonton. Oleh itu, rakyat Malaysia boleh menikmati kandungan-kandungan berdefinisi tinggi dengan kualiti audio dan visual yang jelas dan mengakses kepada perkhidmatan TV interaktif untuk kemudahan semua. Tanpa teknologi seperti ini, sudah tentu masyarakat di negara ini tidak akan maju dengan penggunaan teknologi canggih berbanding negara-negara luar yang lain.

 

 

Sudahkah anda beralih ke siaran TV digital? Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

SHARE ON