Lagu Patriotik Semarakkan Mood Hari Malaysia

Lagu Patriotik Semarakkan Mood Hari Malaysia

Posted by

Blog ini menghimpunkan 5 lagu patriotik semarakkan mood Hari Malaysia anda! Masihkah anda ingat dengan bait lirik ini? Engkau terunggul, wajar standing in the eyes of the world. Lirik ini dipetik daripada lagu popular “Standing in the Eyes of the World” dendangan Ratu Rock Malaysia; Ella sempena Sukan Komanwel 1998 dan ianya begitu sinonim dalam menggambarkan segala pahit getir rakyat Malaysia alami sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga kini. Baca blog berikut untuk beberapa pilihan lagu patriotik!  

Negaraku

Negaraku merupakan lagu nyanyian kolaborasi empat penyanyi berbakat; Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet serta SonaOne dan berhasil mencuri perhatian para pendengar menerusi intipati lirik lagu yang bermakna. Ianya berkisarkan tentang kepayahan masyarakat dalam mengharungi liku-liku kehidupan demi mengangkat nama Malaysia di mata dunia dan secara tidak langsung, menyemarakkan lagi semangat cintakan negara buat semua. 

Kuasa Juara

Tahukah anda bahawa Kuasa Juara dendangan kumpulan KRU adalah lagu tema kontinjen negara sempena Sukan SEA ke-28 di Singapura empat tahun lepas? Lirik lagu tersebut terbukti membakar semangat para kontinjen negara untuk bersaing secara sihat demi mengharumkan nama Malaysia. Majulah sukan untuk negara!

Malaysia

Penyanyi Faizal Tahir cukup terkenal dalam menyampaikan lagu-lagu bertemakan semangat kenegaraan. Antara lagu patriotik beliau yang popular adalah Gemuruh serta Negaraku yang hangat dimainkan di corong-corong radio nasional dan lagu patriotik berjudul Malaysia ini juga tidak terkecuali. 

Setia (2018)

Asalnya didendangkan oleh Francissca Peter, lagu Setia ini telah digubah semula oleh Dania Zainuddin, wartawan Astro Awani, dengan sedikit nafas baru menerusi gabungan nyanyian beberapa penyanyi berbakat negara seperti Hael Husaini, Man Bai, Zainal Abidin, Syamel, Ara Johari, Nicole dan Ernie Zakri. 

Cabang Tiga

Jika anda pernah menonton filem aksi ketenteraan berjudul “Paskal The Movie”, lagu Cabang Tiga nyanyian Aman RA ini sudah pastinya mendapat perhatian ramai dengan rentak lagunya yang rancak berserta dengan lirik yang bersemangat. Walaupun Cabang Tiga asalnya bercerita tentang kepayahan pihak tentera dalam mempertahankan keselamatan negara, lagu tersebut turut mengajak rakyat Malaysia untuk turut sama mempertahankan maruah negara dan menyemai perasaan kenegaraan yang teguh demi kesejahteraan semua. 

Apakah tajuk lagu patriotik yang anda sukai? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah! Jangan lupa juga untuk ikuti kami mengenai pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan.


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Reach me at: nurin@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *