Jawatan Kosong Terkini Malaysia Ogos 2019

Posted by
 
Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-62 telahpun tiba! Ada yang sedang mencari peluang pekerjaan yang baru? Dah lama kempunan sebab tidak dapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan? Jangan stress kerana kami ada menyenaraikan syarikat-syarikat yang kini membuka pelbagai jawatan kosong untuk memohon pada Bulan Kemerdekaan ini!
 
Apa tunggu lagi? Rebutlah cepat!
 

 

Senarai Syarikat-Syarikat Mengambil Untuk Kemasukan Ogos 2019

 

KONICA MINOLTA BUSINESS SOLUTIONS (M) SDN. BHD.

 
Konica Minolta Business Solutions (M) Sdn Bhd merupakan salah sebuah syarikat teknologi terbesar di Malaysia dalam memberikan perkhidmatan dan solusi teknologi kepada pengguna dan pelanggan untuk perniagaan mereka serta bertujuan untuk membantu mereka mencapai sasaran dan keuntungan perniagaan masing-masing. Syarikat ini juga merupakan syarikat yang mesra alam sekitar dalam menyumbangkan teknologi berinovasi baharu pada setiap produk! 
 
 
 

GD BUILDERS SDN. BHD.

 
GD Builders Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1993 dalam membekalkan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam industri pembinaan bangunan, serta memberikan teknologi, kepakaran dan pengalaman dari subsidiarinya Shanghai Wai Gao Qiao Geological Engineering Co.Ltd. (SWGQ) dari China untuk membangunkan lagi industri pembinaan di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
 

 

BIG PHARMACY HEALTHCARE

 
Mempunyai lebih dari 40 outlet farmasi di seluruh Malaysia, BIG Pharmacy ditubuhkan untuk menjadi sebuah rangkaian farmasi terkemuka di negara dengan memberikan perkhidmatan pelanggan terbaik dan produk-produk kesihatan dengan harga yang kompetitif.
 

 

MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION (MDEC)

 
Ditubuhkan pada tahun 1996, MDEC merupakan sebuah agensi milik kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) sebagai kawasan industri dan perdagangan teknologi bertaraf dunia di Malaysia. MDEC juga bertanggungjawab dalam membangunkan industri ekonomi digital di samping menjadikan Malaysia sebagai negara terkemuka dalam revolusi digital global.
 

 

GO GAME MALAYSIA SDN BHD

 
Ditubuhkan oleh David Ng pada tahun 2015, Go Game Malaysia Sdn Bhd atau goGame merupakan subsidiari developer permainan video terkemuka SEGA. Antara permainan yang diterbitkan oleh syarikat tersebut ialah Disney Crossy Road di Asia Tenggara dan Dragon Project di seluruh dunia.
 
 

Artikel berkaitan: Aktiviti-Aktiviti “Best” Sepanjang Bulan Kemerdekaan!


 

 

EASTERN PRETECH MALAYSIA SDN BHD

Eastern Pretech (Malaysia) Sdn Bhd merupakan syarikat pembinaan yang membekalkan konkrit pra-tuang dan produk-produk struktur serta artkitek dalam merevolusikan perdagangan pembinaan tradisional. Syarikat tersebut juga mempunyai portfolio berlatar belakangkan antarabangsa dan berpengalaman dalam ekonomi tempatan, serta mempunyai rekod lebih dari 1200 projek bangunan dan infrastruktur berprestij.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

LAM CHONG GROUP

Lam Chong Group merupakan perintis dalam perniagaan kitar semula sejak tahun 1989. Antara servis yang dibekalkan oleh syarikat tersebut ialah pengurusan sisa end-to-end, kitar semula barangan seperti besi, alat elektronik atau e-waste, perkhidmatan pelupusan sisa dan Bio-Tech.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

MAMEE DOUBLE DECKER SDN BHD

Ditubuhkan pada tahun 1971, Mamee Double Decker merupakan salah sebuah syarikat terunggul dalam industri FMCG (fast moving consumer goods) di Malaysia dan dikenali di seluruh duniaAntara produk makanan keluaran syarikat tersebut ialah Mamee Monster, Mister Potato dan Mamee Chef. Mamee Double Decker juga berjaya memasuki pasaran global dengan mengeksport ke lebih 100 buah negara untuk memenuhi permintaan pengguna.

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

VITAHEALTH MALAYSIA SDN BHD

Vitahealth telah ditubuhkan pada tahun 1947 sebagai kedai farmasi dan mengeluarkan rangkaian produk kesihatan seperti vitamin dan makanan tambahan. Syarikat tersebut turut mempunyai lebih dari 1500 produk kesihatan yang didaftarkan dan dijual ke beberapa negara seperti Indonesia, China dan Australia, serta merangkul anugerah dalam kategori Inovasi Produk (Makanan Tambahan) di Anugerah BrandLaureate Signature Asia Pasifik 2012. 

Klik di sini untuk senarai jawatan kosong

 

Adakah anda dapat apa yang anda cari? Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *