10 Jenama Bubble Tea Yang Tidak Didapati Di Malaysia!

Posted by

 

Apabila berkata tentang teh susu gelembung (atau paling dikenali sebagai bubble tea) di Malaysia, sudah memang tentu tiada kekurangan pilihan untuk dipilih! Anda boleh berjalan ke lorong atau pusat membeli-belah dan pilih dari pelbagai jenama bubble tea. Walaupun perkhidmatan penghantaran makanan telahpun diwujudkan untuk kemudahan anda, namun ada banyak lagi jenama bubble tea yang masih tidak didapati di Malaysia. 

 

1. Chachago

Chachago merupakan jenama yang terkenal di Taiwan dan Vietnam. Terkenal dengan minuman susu gula perang dengan pearls, Chachago merupakan satu-satunya kedai yang boleh didapati di kawasan fesyen di Ximending, Taipei. Kedai ini juga menghidangkan pelbagai topping untuk minuman-minuman mereka seperti kacang merah Taiwan, puding karamel dan keladi Cina (Taro).

 

 

2. Wang Tea Egg

Teh susu dihidangkan dengan telur sememangnya pilihan terbaik untuk penggemar boba tea! Kebanyakan daripada anda akan berfikir gabungan teh dan telur mungkin tidak sesuai dijadikan sebagai minuman, tetapi buat penduduk-penduduk di Taiwan, teh susu ini dijadikan sebagai pilihan mereka. Teh telur merupakan snek tradisional Cina terkenal yang boleh didapati di mana-mana pusat beli-belah di Malaysia. Jika anda masih tidak dapat mencari minuman seperti ini di pusat beli-beah di Malaysia, anda mungkin boleh menghasilkan teh ini dengan membeli sebiji telur rebus, celupkan dengan teh dan hidangkan dengan teh susu!

 

 

3. Chen San Ding

Terkenal dengan teh boba susu gula perang dengan mutiara tapioka (tapioca pearls), pearls ini senang dikunyah kerana tekstur lembutnya dengan jumlah kemanisan yang betul untuk melengkapkan susu Taiwan (yang tidak terlalu manis pada asalnya). Chen San Ding juga menyajikan minuman-minuman lain seperti Kacang Hijau dengan pearls, Lemon dengan pearls, Cincau gula perang dan Cincau Ai Yu. Teh susu bergelembung gula perang ini hanya boleh didapati di Pasar Malam Gongua, Taipei.

 

 

4. Lattea

Lattea telah menjadi pilihan untuk kebanyakan peminat teh susu, terutamanya mereka yang menikmati minuman teh hijau. Teh hijau terkenal disaluti dengan krim garam dengan perisa unik memberi kejutan yang istimewa. Jenama ini boleh didapati di Vietnam dan ia merupakan kedai boba tea popular bagi penduduk tempatan dan juga didapati di bandar Taipei. Minuman-minuman di Lattea adalah wajib dicuba buat peminat-peminat teh hijau!

 

 

5. Le Phare

Terkenal dengan jenama teh susu yang menyajikan buah-buahan segar sebagai ramuan dalam minuman, Le Phare bukan sahaja menjual teh segar dan jus buah-buahan dalam menghidangkan pelbagai minuman di kedai tetapi mereka juga menyajikan minuman organik yang segar dan terbaik sebagai alternatif yang sihat untuk teh susu. Selain beroperasi di Taipei, Le Phare juga didapati di Vietnam menghidangkan minuman yang sama dengan ramuan buah-buahan tempatan di sana.

 


Artikel berkaitan: E-Sports – Kerjaya Lumayan Untuk Generasi Muda


 

6. TP Tea

 

Selain menjadi salah satu jenama teh yang lama bertapak di Taipei dengan lebih dari 200 kedai di rantau ini, TP Tea juga bertapak di Singapura dan membanggakan diri mereka sebagai teh gelembung Taiwan yang memperoleh sijil Halal di negara ini. Beberapa hidangan teh mesti dicuba adalah teh hijau premium lemon, teh latte hitam pearl dengan kacang merah dan teh latte tie guan yin. Aiskrim soft-serve teh susu mutiara merupakan kegemaran peminat dan juga sangat popular. Tambahan yang paling unik turut dihidangkan di TP Tea adalah roti panggang istimewa dipanggil roti panggang keladi Cina (Taro toast) dan roti panggang teh susu. Buat sesiapa yang tidak pernah menikmati roti teh susu panggang yang disajikan dengan pearls, hidangan ini boleh membuatkan anda mesti cuba!

 
 
 
 
 

7. Yi Fang Taiwan Fruit Tea

Terkenal dengan teh buah signature dicampur dengan buah epal, oren, jem nenas dan jus buah markisa yang berikan anda campuran rasa masam dan manis, terdapat beberapa pilihan minuman di Yi Fang Taiwan Fruit Tea termasuk pearl gula perang dengan susu, keladi Cina dengan susu, teh hijau nenas dan teh gunung tebu. Mujurlah ada outlet pertama di Malaysia akan dibuka tidak lama lagi!

 

 

8. Chingshin


Tidak seperti beberapa jenama teh susu popular, Chingshin terkenal dengan pemasaran cawan mereka dengan memaparkan watak-watak kartun popular seperti Hello Kitty, One Piece dan Gudetama si telur kuning. Rekabentuk cawan bertukar mengikut musim untuk memaparkan watak-watak kartun berbeza pada cawan dalam menarik minat pelanggan. Sebagai salah satu jenama teh susu terawal di Taiwan, Chingshin mengekalkan rasa tradisional yang pahit dalam sajian minuman mereka. Buat sesiapa yang menikmati rasa teh tradisional, Teh Madu Oolong ialah wajib dicuba dan mempunyai haruman yang best!

 

 

9. Chun Shui Tang


Didakwa menjadi pengasas utama dalam menghasilkan teh susu mutiara style Taiwan, penggunaan teh berkualiti tinggi pastinya ketara dari segi rasa sedikit pahit dan wangian yang larutan. Salah satu minuman yang popular disajikan di Chun Shui Tang iaitu Teh Susu Mutiara Kelapa Ais Mangga (Iced Mango Pearl Coconut Milk Tea). Minuman ini amat disyorkan kerana ia dihidangkan dengan krim yang unik serta mempunyai rasa yang manis! Anda juga boleh cari hidangan-hidangan lain di Chun Shui Tang seperti hotpots, set hidangan, mi tradisional dan hidangan sampingan.

 
 
 

10. Kenting Dan Dan Milk Tea

 

Selain menjadi terkenal dengan nama kedai yang unik dan lucu, Kenting Dan Dan Milk Tea sememangnya unik dalam menambahkan topping pada minuman mereka dan bebola ubi kayu berperisa. Kedai ini sangat popular di bahagian selatan Taiwan. Jika anda merupakan jenis yang menikmati topping selain teh, kedai ini merupakan wajib dilawati di mana anda boleh pilih untuk mencuba jeli herba, kacang hijau atau kacang merah.

 

Ada lagi jenama bubble tea yang kami tidak sebut dalam senarai ini? Suarakan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa untuk layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *