© 2013-2016 Jobstore All Rights Reserved
Terms of Service | Privacy Policy

Search job opportunities at Jobstore.com
Malaysia - Kuala Lumpur

System Analyst (DBA)

UMCCed was established in 1998 as a centre under the University of Malaya Chancellery with the purview of offering training and education programmes at Diploma and Executive Diploma level, and Certificates and short courses in various fields. UMCCed is the only centre in a public university pioneering in coaching and training services which are offered specifically to executives, administrative officers, entrepreneurs, trainers as well as professional consultants as an effective method in increasing productivity and attaining organisation as excellence.
 
For the purpose of promoting lifelong education among working adults, most programmes offered are conducted on a part time basis and tailored according to individual and corporate needs. Classes which are conducted on weekends or after office hours provide an opportunity for working adults to productively make use of their time in order to continuously enhance their knowledge and skills.
 
UMCCed has proven its excellence as a centre for continuing education in Malaysia by successfully producing more than 17,000 graduates which consist of working adults at both the Executive Diploma and Certificate levels in various fields.These graduates have successfully managed their careers while pursuing their education.


Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Taraf Jawatan :  Kontrak (Sepenuh Masa)
 
Spesifikasi Kerja:
 
  • Membuat kerja-kerja pemasangan, konfigurasi dan menaik taraf perisian pelayan (server) Oracle dan produk yang berkaitan.
  • Merancang keperluan kapasiti untuk mewujud dan menyelenggarakan pangkalan data.
  • Mengawal migrasi program, perubahan pangkalan data, perubahan data rujukan dan perubahan menu melalui kitaran hayat pembangunan (SDLC).
  • Merancang dan memantau persekitaran rangkaian pelayan (server).
 
Keperluan:
 
Pemohon hendaklah mempunyai :
 
  • Sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda atau ijazah profesional dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat, atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan;
  • Pengetahuan mengenai SEMUA proses backup Oracle, senario pemulihan, keselamatan, keutuhan data dan kemudahan lain serta peralatan yang berkaitan;
  • Pengalaman dalam migrasi code program, pengurusan perubahan pangkalan data dan berkemampuan menguruskan data melalui pelbagai peringkat dalam pembangunan kitaran;
  • Pengetahuan yang luas mengenai kedua-dua pangkalan data dan system performance tuning; dan
  • Kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
 
Ciri-ciri berikut adalah satu kelebihan:
 
  • Mahir dalam menggunakan perisian MySQL, MSSQL, PostgreSQL dan/atau RDBMS.
  • Berpengalaman dalam menggunakan Unix Shell (Red Hat Linux atau lain-lain).
  • Berpengetahuan dalam pengaturcaraan;
  • Mempunyai Sijil Pentadbiran Pangkalan Data.
  • Berupaya mengalih susun idea atau mencari penyelesaian dan berhubung dalam kedua-dua bahasa yang dikehendaki.
  • Mempunyai hubungan interpersonal dan kemahiran berkomunikasi yang baik dengan pihak pengurusan, pasukan pembangunan sistem, pembekal komputer dan pentadbir sistem.
 
Prosedur Permohonan:
 
Semua permohonan hendaklah dikemukakan bersama dengan menyertakan resume lengkap yang mengandungi kelayakan akademik tertinggi, pengalaman kerja, gaji terakhir yang diterima, gaji yang dijangka bersama-sama dengan sekeping gambar rasmi terkini berukuran passport dan dokumen-dokumen sokongan yang releven selewat-lewatnya pada 07.10.2015 ke alamat berikut:
 
 
Ketua Penolong Pendaftar Kanan
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
Aras 7, Wisma R & D Universiti Malaya
Jalan Pantai Baharu
59990 Kuala Lumpur
Talian Utama: 03-2246 3600  
 
 
(Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pemohon yang telah menunjukkan minat dalam organisasi kami. Walau bagaimanapun, hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk sesi temu duga. Kepada pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan, sila anggap bahawa permohonan anda tidak berjaya)
 

Jobs in Malaysia   »   Jobs in Malaysia - Kuala Lumpur   »   Information Technology jobs   »   System Analyst (DBA)
* This job post has expired *
Apply to this position Apply to this position